Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mata Putih Membengkak, Mata Hitam Tenggelam.’' - Kanak-Kanak Nyaris Buta Kerana Mainan 'Slime'.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mata Putih Membengkak, Mata Hitam Tenggelam.’' - Kanak-Kanak Nyaris Buta Kerana Mainan 'Slime'..



BAHAYA Slime, ibu bapa tolong alert! Permainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan mata menjadi buta. Saya cuma berkongsi tentang apa yang berlaku kepada anak buah saya. 

Bulan lepas, diorang balik kampung. Anak sulung adik saya bernama Ain, happy sangat dapat berjumpa dengan sepupu diorang. Tengah diorang bermain ramai-ramai, tiba-tiba si Ain macam nampak tak selesa pada mata. Kejap-kejap dia gesel mata, nampak macam dia gatal-tal dan pedih. 


Ibunya cepat-cepat basuh mata dia. Entah macam mana, tiba-tiba nampak kelainan pada mata Ain. Mata putihnya membengkak, mata hitamnya pula tenggelam. Bila ditanya pada sekumpulan anak-anak buah, diorang kata, "Kami semua main Slime". Nyaris anak buah yang lain tak kena macam Ain. 


Adik saya cepat-cepat bawa Ain pergi ke klinik berdekatan. Doktor beritahu ini sejenis alergik yang berbahaya, boleh menyebabkan buta. Dia suruh kami rujuk ke doktor pakar di hospital besar.

Image result for kids play slime

Rupa-rupanya, slime ini mengandungi bahan kimia yang berbahaya bernama Borax One dan dalam istilah sainsnya Tetrasodium Borate. Borax ini adalah bahan yang boleh didapati pada sabun pencuci dan ia merupakan salah satu bahan dalam slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada kesihatan anak.

Related image
  • Jika termakan, boleh menyebabkan cirit birit. 
  • Jika terkena mata, boleh menyebabkan keradangan dan bengkak mata serta boleh menyebabkan mata menjadi buta. 
  • Jika terhidu secara berlebihan, boleh menyebabkan sesak nafas. 
  • Jika terlalu kerap sentuh, boleh menyebabkan kulit menjadi lepuh dan rosak. 

Bahan-bahan dalam slime mudah didapati di rumah. Cara-cara membuatkan boleh diperolehi banyak di laman YouTube. Kanak-kanak juga boleh melakukannya kerana bahan-bahannya mudah didapati di rumah. 

Kepada ibu bapa, tolong tengok sekiranya anak-anak ada bermain dengan benda ini, tolong suruh diorang buang. Risau nanti sudah terkena baru nak menyesal.

Image result for kids play slime

INI SEDIKIT INFO MENGENAI SLIME

Ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain. Ianya dipanggil 'slime' dan ia tiba-tiba sahaja popular. Slime bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial untuk membuatnya di rumah. 

Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperolehi dan cara membuatnya juga mudah, 'slime' boleh ditemi hampir di semua rumah kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya. 

Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat 'slime'. Ini kerana hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia dan disebabkan inilah kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Amerika Syarikat. 

Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan untuk membuat slime. Kathleen sudah kerap membuat slimenya sendiri. 

Namun pada satu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun di tengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari jemarinya. Keesokan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah datang menjemput dan mendapati dia sedang menangis kesakitan. 

Kathleen segara dibawa ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap dua, yang merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama untuk membuat slime. 


Menurut Dr Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan tertamanya terhadap anak-anak.

Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangkakan dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak. 


SEDIKIT TENTANG BORAX

Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya. 

Mata merupakan organ utama manusia. Anak-anak kecil masih naif, sebagai ibu bapa, tolonglah pantau. Cegah sebelum terkena. 




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yLQF9y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.