Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wah! Anda Akan Dibayar Setiap Kilometer Jika Berbasikal Di Belanda.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wah! Anda Akan Dibayar Setiap Kilometer Jika Berbasikal Di Belanda..


ANDA mungkin jarang melihat orang ramai berbondong-bondong menaiki basikal untuk ke tempat kerja atau membeli barangan dapur di pasar kerana ia bukanlah budaya yang popular di Malaysia.

Namun, ia bukanlah hal yang ganjil di negara-negara seperti Jepun, Kanada, Perancis dan Denmark.


Baru-baru ini kerajaan Belanda telah mengorak satu langkah ke hadapan apabila mengumumkan sagu hati sebanyak AS$0.22 (RM0.87) setiap kilometer kepada mana-mana pekerja yang berbasikal untuk ke tempat kerja seperti yang dilaporkan thesundaily.com.

Related image

Cadangan itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur Belanda, Tientje Van Veldhoven sebagai langkah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

“Saya mahu mengajak orang ramai untuk keluar dari kereta dan berbasikal lebih jauh dari usia basikal mereka,” kata menteri itu dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.


Budaya berbasikal sudah menjadi darah daging bagi masyarakat di Belanda dan memiliki puluhan ribu garisan khas untuk basikal bagi membezakan ruang jalan untuk kenderaan lain.

Bagi menggalakkan penduduknya untuk menggunakan basikal, kerajaan Belanda akan memperuntukkan 100 juta Euro untuk memperbanyakkan jumlah jalan dan tempat parkir khas untuk basikal.


Menurut CNN Indonesia, Perancis telah memulakan program yang sama dengan sokongan oleh 20 syarikat dan institusi.

Mereka membayar 25 sen Euro kepada mana-mana pekerja yang menaiki basikal untuk ke tempat kerja.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yQoeHz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.