Bapa tembak mati dua anak
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki menembak mati anak lelaki dan perempuannya di kediaman mereka di Sydney sebelum membunuh dirinya sendiri, menurut polis, hari ini.
Menurut polis, mayat kedua-dua mangsa berusia 13 dan 15 tahun itu ditemui di rumah mereka selepas jiran membuat laporan sejurus terdengar bunyi tembakan.
Insiden pembunuhan itu berlaku kira-kira dua bulan selepas seorang warga emas menembak mati isteri, anak perempuan dan tiga cucunya dalam kejadian menggemparkan di Australia Barat.
"Mayat lelaki itu yang dikenali sebagai John Edwards, 68, pula ditemui di kawasan berhampiran. Dua pistol canggih turut dijumpai," kata Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Bress McFadden.
Jelasnya, lelaki tersebut dipercayai telah merancang pembunuhan itu menggunakan senjata api yang sah.
Difahamkan, lelaki terbabit dan bekas isterinya yang berusia 36 tahun berebut hak penjagaan anak mereka sejak dua tahun lalu.
Menurut nenek kedua-dua mangsa, anak lelakinya menjalani kehidupan yang sederhana selepas dia bercerai dan bersara. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NvkX3R
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment