Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 5 bulan didakwa hilang, ditemui dalam peti sejuk pengasuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 5 bulan didakwa hilang, ditemui dalam peti sejuk pengasuh

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 5 bulan, yang dilaporkan hilang selepas dikatakan dilarikan individu tidak dikenali, ditemui mati dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, lewat malam tadi.

Mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah itu kira-kira 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, mangsa ketika ditemui berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut kain napkin.

“Penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini

Ali berkata, pengasuh berusia 33 tahun itu ditahan bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Adam Rayqal dilapor dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, dekat sini.

Perkara itu disedari apabila ibunya, Farah Madiha Othman, 28, ingin menjemputnya pulang kira-kira 7 malam tadi.

Menurut pengasuh itu, Adam Rayqal yang baru seminggu dihantar ke rumah pengasuh itu diambil bapa mangsa.

Kehilangan Adam Rayqal tersebar dalam Facebook apabila bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, memuat naik gambar mangsa dengan meminta orang awam membantu mengesan anaknya.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J3CDA0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.