(VIDEO) “Anaknya Menangis Meraung Minta Dilepaskan.” Elak Anak Ganggu, Ibu 'Kurung' Anak Usia Setahun Bawah Kerusi Plastik Semata-Mata Main Mahjong Bersama Rakan-Rakan..
HUNAN: Seorang ibu di China sanggup 'mengurung' anak lelakinya di bawah kerusi plastik semata-mata untuk bermain mahjong bersama rakan-rakannya.
Anak kecil berusia setahun itu menangis sambil meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak diendahkan oleh si ibu yang sibuk bermain mahjong.
Menurut Legal and Legislation Evening Post, insiden berlaku di sebuah premis judi (mahjong) haram berdekatan bandar Hengyang, di wilayah Hunan.
Video insiden terbabit dimuat naik ke media sosial dan mendapat 2.1 juta tontonan, ia turut menerima kecaman netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit 'mengurung' anaknya.
"Ibu yang pentingkan diri sendiri! Bayangkan si anak pula mengurung ibunya satu hari nanti," kata seorang pengguna laman sosial 'Chenyongan'.
"Sakitnya hati melihat budak itu terkurung ketika ibunya asyik bermain mahjong," tulis pengguna bernama 'MFying'.
Satu laporan polis kemudian dibuat susulan video terbabit dan 12 individu ditahan atas tuduhan judi haram oleh polis yang menyerbu premis berkenaan pada 3 Julai lalu.
Sementara itu, siasatan akan dijalankan dan ibu terbabit akan dicari untuk tindakan lanjut. - Dailymail
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lYeP7E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment