(VIDEO) "Saya Hanya Mahu Kelihatan Glamor Dan Sempurna Dalam Gambar Sewaktu Bersalin.” Wanita Mengenakan Mekap Penuh Kerana Tidak Mahu Kelihatan Hodoh Dalam Video Ketika Proses Bersalin..
SEORANG wanita mengenakan mekap penuh di wajahnya kerana tidak mahu kelihatan hodoh ketika proses bersalin di hospital.
Walaupun waktu kelahiran hampir tiba, Lee Ann Jarell, 22, terus menyolek wajahnya di atas katil hospital dan hanya berhenti jika tidak dapat menahan kesakitan.
Dia mempertahankan tindakannya mengenakan solekan di atas katil hospital sebelum melahirkan anaknya.
Malah, dia turut mempertahankan tindakannya yang turut merakam tindakannya itu dalam bentuk video.
"Saya hanya mahu kelihatan glamor dan sempurna dalam gambar sewaktu bersalin. Walaupun saya berpeluh, saya tahu jika saya tengok muka di cermin, saya masih kelihatan cantik.
"Saya juga mahu tunjuk kepada anak saya yang kini sudah berusia enam bulan kerana video itu memaparkan kepentingan untuk sentiasa menyayangi diri dan sentiasa kelihatan cantik," kata wanita dari Mandeville, Louisiana, Amerika Syarikat itu.
Sebelum melahirkan puterinya pada 14 Disember tahun lalu, Lee Ann merupakan seorang yang obses terhadap solekan.
Setiap hari, dia yang berasal dari Filipina ini akan bangun pada pukul 5 pagi untuk mengenakan mekap selama dua jam sebelum keluar bekerja.
"Saya rasa hodoh jika tidak memakai mekap. Saya juga risau jika mekap saya tanggal. Jadi saya cuba untuk tidak berpeluh agar ia kekal lebih lama.
"Suami beritahu yang saya sudah cantik dan tidak perlu memakai mekap, tapi saya rasa tertekan melihat gadis-gadis lain di laman sosial," katanya lagi.
Pada hari dia dimasukkan ke hospital, Lee Ann sudah siap menyolek bahagian kening sewaktu masih berada di rumah.
Selepas itu, dia mengemas bajunya di dalam beg termasuklah 20 berus mekap dan produk kecantikan sebelum berangkat ke hospital.
"Sewaktu di hospital, semua orang pandang macam saya buat silap. Tapi saya keluarkan cermin, kamera dan terus memakai mekap.
"Saya mahu membuat gaya mekap semula jadi dan kelihatan cantik supaya saya tak fikir sangat pasal kesakitan bersalin.
"Bersalin adalah saat indah buat wanita, jadi tiada salahnya untuk kelihatan cantik dan menambah seri," katanya.
Biarpun begitu, persepsi Lee Ann terhadap mekap dan kecantikan kini sudah berubah sejak dia mempunyai anak.
"Saya sedar saya patut rasa yakin untuk kelihatan semulajadi tanpa mekap. Saya patut bangga dengan kulit sendiri," katanya.
Dia yang tidak menyesali perbuatannya kini mempunyai saluran Youtube sendiri untuk mengajar tutorial mekap.-Mirror
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2udh1Mo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment