Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Adam Rayqal Akan Tunggu Kami Di Syurga,” Bapa Adam.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Adam Rayqal Akan Tunggu Kami Di Syurga,” Bapa Adam..



KUALA TERENGGANU: "Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga," kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, bapa kepada bayi lima bulan yang mayatnya ditemui disorokkan dalam bahagian pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya semalam lapor Berita Harian.

Mohd Sufi yang ditemui dalam keadaan sebak, menzahirkan rasa terima kasih atas sikap cakna rakyat Malaysia yang turut membantu mencari anaknya sebaik dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.


"Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami.

"Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.

FARRAH Madihah Othman dan suami, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi bersama jenazah anak mereka, Adam Rayqal ketika tiba di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering. - Foto Ghazali Kori

"Kalau ada yang share (kongsi) gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal," katanya ketika ditemui di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini, malam ini.


Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu jam 10.30 malam. Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk solat jenazah.

Jenazah Adam Rayqal dipangku datuknya, Mohd Fauzi Jusoh, 61, masuk ke kawasan tanah perkuburan itu.

FARRAH Madihah Othman mencium jenazah anaknya, Adam Rayqal ketika ditemui di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering. - Foto Ghazali Kori

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ahli keluarga, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian itu. Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian anak syurga itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal tiba di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering, di sini, jam 9.25 malam. Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota turut hadir di tanah perkuburan memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Jenazah Adam Rayqal selesai dibedah siasat pada jam 2 petang sebelum dimandi dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang dan dibawa keluar pada jam 3.06 petang.

Jenazah bayi malang yang dibalut dengan kain batik dipangku ibunya dibawa menaiki kereta Honda Jazz bersama bapanya serta beberapa ahli keluarga untuk dikebumikan di sini.

MOHD Sufi Naeif Mohd Fauzi mengangkat jenazah anaknya, Adam Rayqal untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam. - Foto Ghazali Kori

FARRAH Madihah Othman menyiram air mawar di pusara anaknya, Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam. - Foto Ghazali Kori


VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2m2K5lO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.