Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perwakilan kecewa ucapan Hasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perwakilan kecewa ucapan Hasan

Sinar Harian
Perwakilan kecewa ucapan Hasan
Abdul Khalib
(Ubah saiz teks)
KUALA ROMPIN - Belum seminggu selesai Pemilihan Umno Bahagian Rompin, masih ada ‘cakap-cakap’ di kalangan perwakilan yang kecewa dengan ucapan Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Hasan Arifin.

Ahli Parlimen Rompin itu difahamkan menyampaikan ucapan yang menjurus kepada dirinya, bukan hala tuju parti.

Bekas AJK Umno Bahagian Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah, berkata, ucapan perasmian mesyuarat Sabtu lalu itu sepatutnya terarah kepada menaikkan semangat ahli parti.

Menurutnya, ketika parti sedang dalam keadaan terumbang-ambing, ucapan berbentuk hala tuju serta visi parti amat penting.
“Namun saya kecewa kerana apa yang disampaikan dalam ucapan hanya menjurus kepada dendam sesama dalaman parti.
“Selain itu, ia juga lebih terarah kepada diri sendiri dengan menyatakan apa yang dia telah buat selama ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Abdul Khalib berkata, ini adalah waktu untuk memulihkan parti dan mesyuarat bahagian adalah masa paling sesuai untuk menyeru supaya ahli bersatu.
Bagaimana pun, beliau memberitahu ramai ahli atau perwakilan yang kecewa sedangkan jumlah kehadiran yang ramai mahukan suatu yang segar.

“Mereka harapkan suatu yang baharu demi perubahan parti, ini tak sebaliknya membangkitkan soal politik wang, kata ada bukti itu ini tapi tidak ditunjukkan.
“Ceritanya lebih kurang macam Ezam pernah dedah ada enam kotak dokumen rasuah tetapi hingga sekarang tak tahu apa dah jadi dengan kotak itu,” katanya.

Pada pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Rompin Sabtu lalu, Datuk Seri Hasan telah menewaskan pencabarnya, Mohd Haris Lutfi Abdul Khalib.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KDARLK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.