Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti Perlis ucap tahniah kepada Pas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti Perlis ucap tahniah kepada Pas

Mohd Asri Zainul Abidin
Mohd Asri Zainul Abidin
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas berikutan pujian Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap tindakan kerajaan membenarkan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia.

Melalui laman Facebooknya hari ini, Mohd Asri turut berkongsi berita ucapan tahniah Tuan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Saya pula ingin mengucapkan tahniah kepada Pas. Semoga ALLAH merahmati kita semua umat Islam. Semoga ALLAH membimbing kita semua.
“Semoga ALLAH mengeratkan ukhuwah antara kita Umat Islam. Sama-sama kita mempertahankan golongan yang dizalimi,” katanya.

Sementara itu, melalui laman Facebook milik Tuan Ibrahim pula, kenyataan tegas Dr Mahathir mempertahankan Zakir adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.

Menurutnya, Pas tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.
Katanya, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KFb0Dl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.