Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Hukuman Penjara 22 Tahun 6 Bulan Dan Denda RM36 Juta'. Bekas Pengarah JKR Melaka Dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Dan Rasuah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Hukuman Penjara 22 Tahun 6 Bulan Dan Denda RM36 Juta'. Bekas Pengarah JKR Melaka Dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Dan Rasuah..



MELAKA: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar, 58, dijatuhi hukuman penjara 22 tahun enam bulan dan denda RM36 juta oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah, antara Mac 2014 hingga 15 Ogos 2016.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Khalid selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Tertuduh berdepan 18 pertuduhan, masing-masing lima mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), manakala 13 lagi membabitkan kesalahan rasuah.

Related image

Mengikut kelima-lima pertuduhan itu, tertuduh didakwa membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM206,396.16 di akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), RM506,735.92 (Tabun Haji), RM375,200 (wang tunai), RM1,984,797.08 (Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) dan RM2,135,634.13 (Amanah Saham Didik), iaitu kesalahan membabitkan pengubahan wang haram.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar 1 September 2015 hingga 15 Ogos 2016 di beberapa lokasi di negeri ini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.


Bagi 13 kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) pula, tertuduh didakwa menerima suapan RM196,200 menerusi 13 transaksi daripada lapan syarikat dan individu pada Mac 2014 hingga Ogos 2016 di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguambela Datuk Baljit Singh merayu hukuman diringankan dengan alasan menanggung keluarga, termasuk 13 adik-beradik, tidak mempunyai kesalahan lalu dan berkhidmat selama 34 tahun sebagai penjawat awam dan tidak mempunyai masalah disiplin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dan Mohd Khairulhazman Ghazali membantah rayuan pihak defendan, atas alasan perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesalahan jenayah yang dilakukan serius dan dibenci masyarakat.


Mohd Nasir kemudian memerintahkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi setiap 13 pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama hingga kelima mengikut Seksyen AMLATFPUAA, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi setiap pertuduhan serta denda keseluruhan RM36 juta atau dipenjara lima bulan jika gagal bayar denda bagi setiap lima pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh jatuh hukum, selain membenarkan penangguhan hukuman penjara dan denda selama seminggu sementara menunggu pihak defendan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Jaminan asal RM250,000 ke atas tertuduh dikekalkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2udh9LS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.