Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sotong Tukang Tilik Piala Dunia Akhirnya Jadi 'Lauk' Selepas Membuat Ramalan 100 Peratus Tepat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sotong Tukang Tilik Piala Dunia Akhirnya Jadi 'Lauk' Selepas Membuat Ramalan 100 Peratus Tepat..


TOKYO: Sotong tukang tilik yang meramalkan keputusan pasukan Jepun pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia telah bertukar menjadi 'makanan laut'.

Rabiot, spesies sotong gergasi Pasifik yang ditangkap di Obira, Hokkaido meraih populariti selepas ia menjadi haiwan terbaharu yang mempunyai 'kuasa ramalan' ketika pasukan Jepun menentang Colombia, Poland dan Senegal.


Ia mengikut jejak langkah peramal terdahulu daripada spesies sama digelar Paul the Octopus yang pernah menjadi bintang ketika Piala Dunia 2010.

Sotong kurita tersebut diletakkan dalam tangki mengandungi tiga bakul mewakili, 'menang', 'kalah' atau 'seri'.


Walaupun Rabiot berjaya membuat ramalan 100 peratus tepat, nelayan yang membelinya membuat keputusan untuk menjualnya di pasar sebelum peringkat kalah mati.

Susulan itu, pengguna media sosial mendakwa kematian Rabiot sebagai punca kekalahan Jepun di tangan Belgium dengan 3-2, sekali gus menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia, semalam. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lZu5kF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.