Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Jangan Menangis, Saya Tidak Mahu Sesiapa Menangis," Rosmah Mansor Beri Sokongan Moral Kepada Suaminya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Jangan Menangis, Saya Tidak Mahu Sesiapa Menangis," Rosmah Mansor Beri Sokongan Moral Kepada Suaminya..



Datin Seri Rosmah Mansor meminta para penyokongnya supaya tidak menangis berhubung perbicaraan kes rasuah, membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lapor mStar Online.


"Jangan menangis, saya tidak mahu sesiapa menangis," katanya dalam satu video yang disiarkan oleh Channel News Asia.


Rosmah berkata demikian kepada para penyokongnya yang berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.


Kehadiran beliau bagi memberi sokongan moral kepada suaminya.



Sementara itu, Bernama melaporkan Rosmah Mansor yang berbaju kurung warna peach dilihat berlegar di hadapan pintu masuk Mahkamah Tinggi 3 itu pada pukul 3.10 petang Rabu, selepas berakhirnya prosiding kes berkenaan. 

Kehadiran beliau untuk memberi sokongan moral kepada suaminya pada awalnya tidak disedari media. 


Sebaliknya, sorotan media tertumpu kepada kehadiran anak mereka iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta suaminya Daniyar Nazarbayev, ketika mereka muncul di kompleks mahkamah pada pagi Rabu.

Selain memberi sokongan moral kepada bapa mereka, Norashman dan Nooryana Najwa membayar RM500,000, separuh daripada ikat jamin RM1 juta. 

Baki ikat jamin berkenaan dipersetujui mahkamah untuk dibayar pada Isnin. 


Mereka sekeluarga kemudiannya dilihat meninggalkan kompleks mahkamah bersama-sama.

Najib, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 2.35 petang Selasa di kediamannya di Taman Duta, dikenakan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


SRC International ialah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 5 Jun, Rosmah turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes SPRM.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2m2otGx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.