Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M bapa Malaysia, kata hartawan Hong Kong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M bapa Malaysia, kata hartawan Hong Kong

 | July 20, 2018
Cecil Chao sempat mencium tangan perdana menteri selepas menyerahkan cek bernilai RM650,000 untuk Tabung Harapan Malaysia.
Cecil menunjukkan buku memoir idolanya kepada perdana menteri.
PETALING JAYA: Hartawan Hong Kong, Cecil Chao Sze-Tsung mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Malaysia, setaraf pengasas Republik China, Dr Sun Yat Sen.

Cecil berkata demikian di majlis serahan cek RM650,000 kepada Tabung Harapan bagi pihak Kelab Perniagaan Platinum Asia Pasifik, yang dipengerusikannya.
Sumbangan itu hasil kutipan bersama Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).
Cecil juga mahu pemberita tahu Dr Mahathir satu-satunya idola beliau.

“Sebab itu kami membuat keputusan untuk datang ke Malaysia dan membuat pelaburan RM1 bilion, bagi menunjukkan keyakinan kami kepada pentadbiranya bawah kerajaan baru,” katanya ketika ditemui di Menara Yayasan Selangor.

Cecil juga sempat mencium tangan Dr Mahathir sebelum dan selepas serahan cek, dan kemudian meminta beliau menandatangani buku “Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad” versi Bahasa Inggeris.

“Saya percaya pelaburan akan kembali bawah kepimpinannya. Kami juga berkongsi harapan baru ini, sepertimana ketika kami mula-mula melabur di China, yang miskin pada masa itu,” katanya.
Terdahulu, Cecil berkongsi pentas dengan YPNM, sebuah NGO dengan misi memupuk semangat cintakan negara.

Cek olok-olok bernilai RM650,000 diserahkan kepada Dr Mahathir oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPNM, Muhammad Zharif Johor Nadzim.
Menurut Zharif, sebahagian daripada sumbangan itu hasil jualan plet kereta Patriot.

“Pada awalnya kami hanya menyasarkan RM250,000 dan RM50,000 telah diserahkan pada 1 Jun lalu sebagai tanda komitmen kami dalam menzahirkan semangat patriotisme sebagai rakyat Malaysia,” kata Zharif.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Sehingga 3.00 petang tadi kutipan terkumpul berjumlah RM155,999,126.02.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LaK2nl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.