Paparan Notifikasi Kecemasan Pada Perkhidmatan Penstriman Seperti Netflix Mungkin Diperkenalkan Di A.S
Menstriman siri kegemaran secara maratonton kini dilakukan oleh hampir semua orang. Seperti yang dikongsi oleh Netflix tempoh hari, Malaysia adalah di tangga ketiga gemar melakukan maratonton ketika di luar rumah. Jadi adalah normal untuk penonton khayal dengan sisi TV sehingga tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Di Amerika Syarikat kini wujud cadangan menggubal akta yang mewajibkan perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Spotify untuk menyokong paparan notifikasi kecemasan. Dengan sokongan ini penonton yang khayal masih boleh menerima notifikasi bahaya bencana alam, serangan pengganas dan sebagainya bagi menyelamatkan nyawa mereka sebelum terlewat.
Kajian akan dilakukan oleh FCC dan perlu dilengkapkan dalam masa 270 hari. Di A.S paparan notifikasi kecemasan perlu disertakan pada peranti pintar iOS dan Android.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uD1fLH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment