Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kami Tak Boleh Gantung Aman Jadi Kami Bunuh Dia'.Pasangan Suami Isteri Bunuh Anak Sebelum Gantung Diri Sendiri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kami Tak Boleh Gantung Aman Jadi Kami Bunuh Dia'.Pasangan Suami Isteri Bunuh Anak Sebelum Gantung Diri Sendiri..



NOTA bunuh diri dengan formula matematik misteri ditemui bersama mayat enam sekeluarga yang mati akibat bunuh diri di India.

Mayat Naresh Maheshwari, 40, isterinya Priti, 38, bersama mayat bapanya, Mahavir Maheshwari, 70 dan ibunya, Kiran, 65 ditemui di kediaman mereka, lapor media tempatan.

Lebih mengejutkan, mayat anak kepada Naresh iaitu Anjali, 6 dan Aman, 8 turut ditemui di lokasi sama.


Pasangan itu dilaporkan membunuh anak mereka sebelum bertindak mencabut nyawa sendiri bersama ibu dan bapanya.

Nota tragis yang ditemui berhampiran mayat mangsa mengandungi masalah pengiraan matematik yang rumit dengan ayat 'kami tak boleh gantung Aman jadi kami bunuh dia'.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang menulis nota kematian tersebut.


Selain perusahaan keluarga yang terpaksa ditutup, jumlah hutang, pinjaman, serta rasa malu dipercayai menjadi punca utama perbuatan bunuh diri itu.

Kejadian berlaku di kawasan Munga Bagicha, Hazaribagh di Jharkhand, India.

Menurut pihak polis, mayat Aman ditemui dengan kesan torehan di leher manakala Anjali pula telah diracun.


Naresh pula dilaporkan terjun dari bumbung flat kediaman mereka sementara dua lagi ditemui mati tergantung di kipas siling.

"Kami sedang menyiasat kes ini dari sudut bunuh diri dan juga jenayah. Pasukan forensik sedang mengutip sampel untuk mencari punca sebenar kematian," ujar seorang jurucakap polis. -Mirror





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NuagxJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.