(VIDEO) Pekerja Terharu Bos Berikan Kereta Selepas Berjalan Sejauh 22.5km, Selama 4 Jam Demi Sampai Tepat Pada Masa Ke Tempat Bekerja..
DIA diterima untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah pada Ahad lepas, tetapi keretanya rosak.
Walter Carr bagaimanapun tiada pilihan melainkan berjalan kaki sepanjang malam untuk tiba di tempat kerjanya pada masa ditetapkan.
Kereta Carr rosak pada malam sebelum hari pertamanya berkhidmat dengan syarikat Bellhops dan dia tahu bahawa dia tidak boleh terlewat.
Jadi, dia memutuskan untuk berjalan kaki. Carr mula berjalan dari Homewood, Alabama, ke bandar Pelham, AS, pada tengah malam.
Dia berjalan untuk jarak sekurang-kurangnya 22.5km, selama empat jam, sebelum polis menumpangkannya pada pukul 4 pagi, lapor WIAT-TV.
Sebaik sahaja polis mendengar ceritanya, mereka membawa Carr bersarapan pagi. Kemudian, mereka membawanya ke rumah keluarga Lamey, di mana dia dijadualkan bertugas mengemas dan mengangkut barang di situ pada hari pertama dia bekerja.
Carr tiba di rumah Jenny Hayden Lamey dan keluarganya awal, sebelum petugas lain tiba.
Ketika menghantarnya, polis telah berkongsi kisah Carr dengan Lamey dan tuan rumah itu amat kagum dengan kesungguhannya.
"Saya tanya Walter jika dia mahu ke tingkat atas dan berehat dulu sehingga semua kru lain datang," kata Lamey dalam posting di Facebook.
"Dia menolak dan beritahu dia boleh teruskan kerja."
Jadi, Carr dan keluarga Lamey mula mengemas rumah sambil berbual-bual.
Lamey mendapat tahu bahawa Carr dan ibunya berasal dari New Orleans, tetapi berpindah ke Alabama setelah kehilangan tempat tinggal semasa Taufan Katrina.
"Dia memandang ke dalam mata saya dan tersenyum, saya seperti sudah lama kenal dengannya," tulis Lamey mengenai interaksinya dengan Carr pagi itu.
Kru lain tiba tidak lama selepas itu dan Lamey meminta Carr berkongsi kisahnya dengan kru lain.
"Walter kata 'saya jalan kaki.' Itulah saja, merendah diri," kata Lamey.
"Saya minta dia kongsi ceritanya sedikit lagi dan ketika dia melakukannya, kru lain juga kagum! Saya tak pasti Walter akan kongsi ceritanya atau tak jika saya tak suruh."
Lamey kemudian berkongsi kisah tentang Walter dan perpindahannya di Facebook yang mana posting itu segera tular.
Posting itu akhirnya sampai ke pengetahuan CEO syarikat Bellhops, Luke Marklin.
"Saya sangat bangga menjadi pasukan yang sama dengan Walter," tulis Marklin di Twitter.
"Kami menetapkan aras tinggi untuk perkhidmatan kami dan dia mencapainya. Saya akan bertemu dengannya untuk ucap terima kasih kepadanya minggu ini."
Tetapi, Marklin tidak setakat mengucapkan terima kasih kepada Carr.
Sebaliknya dia berbesar hati menghadiahkan kereta Ford Escape (2014) kepada pekerjanya itu, menurut WIAT-TV.
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NyqSo9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment