Kementerian Pertahanan Memberi Peringatan Kepada Warga ATM Mengenai Penggunaan Tik Tok
Aplikasi Tik Tok merupakan salah satu aplikasi media sosial terbaru yang semakin popular. Malah, menurut pembangunnya, kini aplikasi berkenaan digunakan oleh lebih 500 juta pengguna secara aktif pada setiap bulan.
Dengan popularitinya, pelbagai pihak menggunakan aplikasi bekrenaan dan memuat-naik video ke platform berkenaan.
Menyentuh mengenainya, kini Kementerian Pertahanan Malaysia mengeluarkan peringatan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia untuk mematuhi “Garis Panduan Media Sosial ATM”, dan tidak memuat-naik video diri sendiri atau rakan setugas melalui aplikasi berkenaan ketika berpakaian uniform.
Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut menekankan yang mana warga ATM bukanlah artis dan bahan publisiti murahan, serta jangan malukan diri sendiri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O2awVy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment