Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Sahabat Warga Emas Mahu Kayuh Basikal Sejauh 10,000 KM Unuk Tunaikan Haji Di Makkah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Sahabat Warga Emas Mahu Kayuh Basikal Sejauh 10,000 KM Unuk Tunaikan Haji Di Makkah..



Alor Setar: Tiga sahabat warga emas berhasrat berkayuh sejauh 10,000 kilometer (km) menerusi Road to Hajj 2019 selaras dengan misi menunaikan haji ke Makkah yang bermula 6 Januari tahun depan.

Mereka ialah bekas jurufoto sambilan Bernama Kelantan, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, pemberita sambilan Bernama Kedah, Che Saad Noordin, 68, dan bekas wartawan sambilan NSTP Kedah, Mohamad Zainal Abidin, 63.


Wan Hashim atau lebih dikenali sebagai Pak Wan berkata, dia menggunakan pengalamannya mengayuh basikal termasuk pernah mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebanyak empat kali sebagai pengayuh basikal tertua mengelilingi Semenanjung sejak 2014 bagi merealisasikan hasrat itu bersama dua rakannya.

“Kami bertiga mempunyai kelebihan masing-masing dan sudah biasa mengayuh basikal walaupun pada usia emas, saya akan berkongsi pengalaman mengenai latihan serta cara mengekalkan stamina fizikal dan mental sepanjang berkayuh.

“Sebagai persediaan berkayuh di negara yang pelbagai musim, kami membuat latihan kayuhan setiap hari bermula waktu Subuh termasuk ketika cuaca panas dan hujan,” katanya.

Wan Hashim berkata, Che Saad membantu dari segi pengurusan mendapatkan dana serta berurusan dengan Tabung Haji (TH) manakala Mohamad atau dikenali sebagai Bashah menggunakan kemahirannya menguasai sembilan bahasa dalam perjalanan ke Makkah nanti.


Sementara itu, Che Saad berkata, sebagai permulaan mereka sudah membincangkan secara lisan untuk mewujudkan akaun bank bersama supaya kutipan dana orang ramai dan korporat dapat disalurkan ke dalam akaun berkenaan.

“Kami menjangkakan kos keseluruhan yang diperlukan adalah RM150,000.

“Selain membeli peralatan seperti basikal dan kelengkapan haji, kami juga mengutip dana bagi membantu enam individu kurang berkemampuan yang dikenal pasti untuk menunaikan haji tahun depan.

“Semua itu bakal terlaksana sekiranya TH dapat membantu menunaikan hasrat kami... selepas itu barulah kami akan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan UAE,” katanya.

Selain itu, Mohamad berkata, dia sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan ketika kayuhan terbabit termasuk dijemput Ilahi.


“Sekiranya salah seorang daripada kami sakit dan tidak mampu meneruskan kayuhan, kami berjanji akan tetap meneruskan misi ini walaupun seorang diri.

“Kami berharap rakyat Malaysia mendoakan misi kami tercapai dan semua urusan berjalan lancar,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O1PgPQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.