Samsung Dilaporkan Bakal Menggabungkan Peranti Siri Galaxy S dan Galaxy Note
Samsung biasanya melancarkan dua peranti utama setahun. Satu di bawah keluarga Galaxy S dan manakala satu lagi di bawah keluarga Galaxy Note. Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri dengan Note menawarkan stylus S-Pen. Menurut laporan The Bell, Samsung bakal menggabungkan kedua-dua siri peranti ini menjadi satu seawal tahun hadapan.
Penggabungan ini dilakukan bagi memudahkan pengguna membeli peranti di masa hadapan. Pada waktu sekarang peminat Note perlu menanti pada bulan Ogos untuk membeli peranti dengan sokongan stylus. Menerusi penggabungan ini, Samsung boleh melancarkan tiga peranti pada awal tahun dengan satu berskrin sederhana, satu dengan skrin besar dan satu lagi model dengan sokongan stylus.
Ini bukan kali pertama ura-ura ini didengari. Hanya dua tahun yang lalu Samsung dikhabarkan akan menghentikan peranti Note kerana namanya yang tercemar akibat masalah bateri meletup Note 7. Dengan pengeluaran satu keluarga peranti mercu setahun, Samsung boleh mengurangkan kos promosi, pembangunan dan pengilangan peranti baru tahunan. Ini lebih menyamai apa yang dilakukan oleh Apple saban tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JEnt4C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment