Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tawaran Promosi Terhad Untuk Streamyx Kini Membolehkan Pakej 8Mbps Dilanggan Pada Harga RM100 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tawaran Promosi Terhad Untuk Streamyx Kini Membolehkan Pakej 8Mbps Dilanggan Pada Harga RM100

Telekom Malaysia sering hadir dengan promosi terhad berdasarkan lokasi dan sebagainya supaya pelanggan dapat melanggan perkhidmatan mereka. Terkini, melalui sejumlah pengedar TM, ia dilihat penyedia perkhidmatan jalur-lebar berkenaan turut hadir dengan promosi terhad untuk melanggan pakej Streamyx.

Melalui risalah yang diperlihatkan, semua pakej Streamyx boleh dilanggan pada harga RM100 dan kurang. Ini sekaligus memberikan penjimatan tambahan kepada pengguna berbanding harga Streamyx sedia ada yang agak mahal. Namun, promosi terhad ini seperti hanya ditawarkan oleh pengedar di beberapa lokasi sahaja, dan bukannya pada seluruh negara.

Berikut merupakan antara pakej yang disediakan:

  • 1Mbps pada harga RM90
  • 2Mbps pada harga RM90
  • 4Mbps pada harga RM90
  • 8Mbps pada harga RM100

Promo Streamyx

Bersama-sama langganan ini juga, pengguna akan menerima pakej panggilan ke talian tetap TM secara percuma, sementara pakej 8Mbps turut hadir dengan penawaran saluran asas Unifi TV.

Ia dilihat pakej ini ditawarkan untuk pendaftaran baru Streamyx. Buat masa ini, pelanggan sedia ada TM masih perlu membayar harga yang mahal untuk perkhidmatan mereka, mencapai RM110 untuk pakej 1Mbps. Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan naik-taraf kepada Unifi atau naik-taraf kepada sehingga 2 kali ganda kelajuan. Apa pun, info lanjut mengenainya masih tidak dikongsikan Telekom Malaysia, malah halaman naik-taraf berkenaan juga turut telah dibuang oleh TM buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LobKw0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.