Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Perang Mulut Dengan Rakan, Wanita Ini Tekad Gigit Dan Telan Hidung Rakan Sendiri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Perang Mulut Dengan Rakan, Wanita Ini Tekad Gigit Dan Telan Hidung Rakan Sendiri..



SEORANG wanita didakwa selepas dia menggigit hidung rakannya ketika insiden perang mulut dan kemudian menelannya.

Insiden tersebut berlaku selepas mangsa meminta wanita itu meninggalkan rumahnya di Houston, Texas di Amerika Syarikat pada awal pagi Jumaat sehingga mencetuskan perbalahan.


Polis di Harry County berkata, penyerang bernama Jessica Collins, 41, didakwa atas kesalahan bertindak kasar dan menyebabkan kecederaan.

Mangsa pula berkata, kejadian itu membuatkan dia berasa takut untuk keluar daripada biliknya.

"Di sini (bilik) saya rasa selamat," katanya kepada Eyewitness News.

Collins.

Wanita itu memberitahu stesen berita tersebut bahawa dia keluar ke sebuah bar pada Khamis malam bersama jiran dan Collins yang tinggal di sementara sebagai tetamu.

Selepas semalaman berparti, mereka kemudiannya kembali ke rumah mangsa dan Collins mula bersikap agresif dan meminta minuman alkohol serta rokok.

Apabila diminta untuk meninggalkan rumah tersebut, Collins menarik rambut mangsa secara kasar sehingga terjatuh ke lantai.


Tidak lama selepas itu, Collins menggigit hidung mangsa dan menelannya.

Mangsa berkata: "Saya tidak sempat untuk memberikan tindak balas semasa kejadian itu berlaku.

"Saya rasa saya cuba melawan kembali, tapi saya tidak berdaya.

"Apa yang saya ingat, saya terasa seperti ada darah di dalam mulut saya," katanya.


Menurut mangsa, dia pengsan beberapa kali dan tidak sedar hidungnya cedera teruk sehingalah dimasukkan ke dalam ambulans.

"Saya mula menghubungi suami saya ketika berada di dalam ambulans.

Related image

Image result for Drunk partygoer bites off woman's nose after being asked to leave

"Saya menjerit yang saya sudah tidak ada hidung.

"Saya berumur 28 tahun dan saya sudah tidak ada hidung lagi," katanya.

Rakan-rakan mangsa melancarkan carian dana menerusi laman web GoFundMe untuk membantu mangsa menjalani pembedahan plastik.


Buat masa ini, wang yang berjaya dikumpul adalah sebanyak AS$2,000 (RM8,115)

Mangsa yang tidak mempunyai insurans kesihatan.

Doktor berkata, hidung mangsa perlu disambung semula pada minggu depan atau berdepan risiko pembedahan tersebut tidak akan berjaya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Nuak0r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.