(VIDEO) Cemas! Penumpang Terselamat Dedah Rakaman Video Saat Akhir Pesawat Terhempas..
SAAT-saat akhir sebuah kapal terbang penumpang terhempas ke bumi didedahkan dalam satu rakaman di atas pesawat malang berkenaan.
Pesawat Convair CV-340 tiba-tiba bergoncang sebelum terhempas ke tanah tanpa kawalan dalam kejadian di Pretoria, Afrika Selatan.
Seorang penumpang berjaya merakamkan daetik-detik cemas dan menakutkan itu menggunakan iPhonenya dari tingkap pesawat yang menunjukkan enjin kirinya sedang terbakar.
Seorang lelaki yang bimbang dapat didengar berkata 'ia semakin teruk' dan 'mereka lebih baik membawa kita ke landasan'.
Klip tiga minit dalam suasana tegang itu menunjukkan pesawat terbang rendah di atas bumbung kawasan kediaman sebelum terhempas.
Rakaman itu kemudian gelap, tetapi audio masih berjalan, yang mana bunyi rintihan akibat kecederaan dan suara untuk mendapatkan bantuan dapat didengar.
Dua orang terbunuh dan sekitar 20 orang cedera dalam kemalangan pada 10 Julai, termasuk juruterbang yang mengalami luka kritikal.
Pesawat itu sedang terbang ke Lapangan Terbang Wonderboom ketika ia menghadapi masalah.
Orang ramai dirakamkan mengelilingi bangkai pesawat yang bahagian ekornya musnah sepenuhnya.
Asap hitam dapat dilihat dari pesawat yang hangus, dengan bahagian enjin tersadai di atas tanah.
Sumber memberitahu akhbar tempatan bahawa kegagalan enjin disyaki sebagai punca kejadian.
Dua helikopter perkhidmatan perubatan udara juga dapat dilihat di tempat kejadian, sementara sebuah bangunan berdekatan kelihatan runtuh.
Satu lagi gambar menunjukkan orang ramai dibantu keluar dari bangkai pesawat. -MirrorUK
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O3pGKx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment