Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta curi 'terbang' rempuh gerai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta curi 'terbang' rempuh gerai

Kereta curi 'terbang' rempuh gerai. KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri 'terbang' merempuh sebuah gerai berdekatan jejantas berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP), di Jalan Kuchai Lama, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Kereta curi 'terbang' rempuh gerai

Saksi kejadian itu, Mohd Nur Firdaus Mat Robi, 31, berkata sebelum rempuhan berkenaan, kereta itu yang dipandu laju dilihat ingin membelok dan membuat satu selekoh tajam ke kiri masuk Jalan Kuchai Maju 3 namun gagal berbuat demikian akibat kesesakan trafik dan kereta yang banyak.
"Kereta itu yang laju nak pusing kiri tak lepas, nak elak kenderaan lain menyebabkan Kia Forte itu rempuh gerai berkenaan.
"Hasil perbualan dengan beberapa anggota polis di sini, kereta itu dikatakan dicuri.
"Mangsa mengalami kecederaan agak teruk, sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya.
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
"Kia Forte itu pula akan ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dihantar ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee untuk siasatan selanjutnya," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, pemilik gerai itu, Sariah Yakin, 58, berkata dia mendapat berita mengenai kereta terbang itu yang dilihat menyebabkan kerosakan gerainya hampir 80 peratus daripada penduduk sekitar.
"Saya biasa berniaga di sini jual kuih, selalu mula jual kuih jam 9.30 pagi.
"Sudah berniaga di sini lebih tujuh tahun, kejadian itu yang pertama seumpama ini.
"Ketika ini, anak cuba untuk membaiki gerai termasuk melihat apa langkah susulan perlu diambil susulan kejadian berkenaan," katanya. - BHonline


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JG8uqX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.