Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Dia beri pelbagai alasan" - Aliff Aziz buat hal lagi.. digugurkan dari drama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Dia beri pelbagai alasan" - Aliff Aziz buat hal lagi.. digugurkan dari drama

 
Pelakon dan penyanyi popular Aliff Aziz telah digugurkan namanya daripada membintangi sebuah drama.

Drama berkenaan bakal menjalani penggambaan dan jalan ceritanya diadaptasi dari novel berjudul Biar Jadi Kaktus.



Menceritakan tentang pelakon yang sepatutnya menjadi teraju utama, penerbit memberitahu Aliff Aziz telah digugurkan namanya.

Menurut penerbitnya, Saide Yaakub, dia amat mementingkan disiplintak kira popular seseorang.



Ini jelas Saide Yaakub:

"Pada asalnya, dia (Aliff) dah bersetuju untuk berlakon dan cek untuk pembayaran juga sudah dikeluarkan tapi dia tidak dapat ambil. Bila minta dia datang, dia beri pelbagai alasan.

"Orang meniaga (penerbit) tak bolehlah nak tunggu, kita pun nak untung. Kalau asyik nak tunggu macam mana nak mulakan penggambaran,"


Saide Yaakub menambah, untuk elakkan masalah di kemudian hari dan menyelamatkan keadaan, nama dia telah digugurkan dan digantikan dengan pelakon lain bernama Atoi Tohet.



"Jadi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari dan menyelamatkan keadaan, kami gugurkan namanya serta gantikan dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Atoi Tohet. 

 "Tidak dinafikan populariti Atoi belum lagi menyinar tapi pemilihan Atoi bukan sekadar tangkap muat, sebaliknya ia sudah mendapat persetujuan daripada pengarah dan juga stesen TV iaitu RTM,"

Sebelum ini, Aliff Aziz juga didakwa gagal menghadirkan diri ketika sesi pelancaran drama berkenaan yang dibuat pada 31 Julai lalu.



Wardah Communication Sdn Bhd buat pertama kali menerbitkan drama sulung mereka ini.

Drama 13 epsiod ini diarahkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan sudah pun memulakan penggambarannya pada 4 Ogos lepas dan dijangka tamat penggambaran pada 17 September depan.

Selain Atoi, drama ini membariskan pelakon popular seperti Uqasha Senrose, Zila Bakarin, Aman Graseka, Sahronizam, dan ramai lagi. -PENMERAH

Sumber: Sinar Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BjLVcJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.