Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Kejar Tapi Tak Pukul, Tak Bawa Senjata - Peniaga Burger Jelas Kisah Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Kejar Tapi Tak Pukul, Tak Bawa Senjata - Peniaga Burger Jelas Kisah Sebenar

 
Selepas video menjadi viral, peniaga burger Azri Arip tiba-tiba dikecam kerana ada yang mengatakan dia dan rakan mengejar pemandu bas berkenaan dan memukulnya.

Malah Azri Arip dikatakan membawa kayu dan lebih menggerunkan ada mendakwa senjata tajam seperti membawa pedang samurai ketika mengejar bas berkenaan.

Peniaga burger berumur 22 tahun itu menafikan dakwaan berkenaan.



NAFI DAKWAAN 

Ada dakwaan dari sesetengah netizen mengatakan Azri dan rakannya memukul lelaki itu hingga separuh mati dan masuk zon merah di hospital malah telah mengejarnya menggunakan pedang samurai. Kata Azri, itu semua tidak benar sama sekali.

Ketika kejadian dia sedang bersiap selepas pulang dari kerja sebelum mendengar dentuman kuat yang boleh didengari hampir semua penghuni flat berkenaan.

Gerai burgernya dilihat alami kerosakkan selepas dirempuh sebuah kereta Iswara yang dilanggar oleh bas RapidKL di Flat PKNS AU2 Taman Keramat.



Ini kenyataan Azri Arip:

TAK PUKUL, TAK BAWA SENJATA

"Memang kami berempat kejar, tapi kami tak pukul dia, malah kami tidak bawa apa-apa senjata tajam atau kayu"

"Saya bergegas keluar dan mendapati Proton Iswara tersadai di tepi gerai burger akibat dirempuh sebuah bas. Keadaan meja bertaburan, manakala ibu saya yang sedang memegang anak saudara berusia dua bulan tersepit di antara gerai dan pembahagi jalan.

"Proton Iswara berkenaan dilanggar ketika membelok masuk ke kawasan flat ini. Pemandunya yang juga penduduk flat berlari mengejar bas berkenaan sebelum sempat masuk ke dalam bas ketika kenderaan itu berhenti kerana pemandunya menghalau empat penumpang supaya turun"




Azri menjelaskan ketika dia mengejar bas berkenaan, dia tak memakai selipar, tak pakai baju serta tidak memakai topi keledar.

Dia bersama tiga lagi individu mengejar bas itu menggunakan dua motosikal kerana marah berikutan pemandu bas meninggalkan lokasi kemalangan yang turut terkena gerai burgernya.

Azri menegaskan dia tak memukul pemandu itu, bahkan orang lain yang memukul.



Ini komennya lagi:

SEBAIK TIBA, PEMANDU DAH KENA PUKUL

"Kami tidak membawa apa-apa senjata tajam atau kayu. Malah pemandu Proton Iswara yang berada di dalam bas beberapa kali memintanya supaya berhenti dan terus ke balai polis, namun pemandu bas enggan berbuat demikian."
 

"Ketika kami mengejarnya, dia sempat mengeluarkan tangan melalui tingkap dan menunjukkan isyarat mencabar kami supaya terus mengejarnya."

"Sebaik tiba di lokasi di mana dia merempuh beberapa kenderaan, saya dan tiga lagi rakan meninggalkan motosikal di belakang bas itu sebelum berlari mengejarnya dan sebaik tiba, dia sudah dipukul beberapa orang awam"


"Malah, hanya kami berempat yang mengejarnya, bukan sekampung seperti didakwa. Memang ketika kejadian penduduk flat ramai keluar untuk melihat kejadian kerana bunyi dentumannya sangat kuat"



Azri telah mengejar bas berkenaan sejauh kira-kira empat kilometer.

Semua kenyataan Azri ini turut dimasukkan dalam laporan polis, jika dia menipu, polis boleh mengambil tindakan.

Azri mengatakan ramai saksi di lokasi ketika pemandu bas dibelasah. -PENMERAH

Sumber: Berita Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BoZk39

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.