Wanita tak dapat kerja sebab enggan salam penemuduga lelaki dapat pampasan RM17 Ribu
Ini kisah seorang wanita di negara Sweden yang menjaga maruah dirinya sebagai seorang Muslimah.
Wanita beragama Islam itu mendakwa permohonan kerjanya ditolak kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki yang menemuduganya.
Kisahnya bermula apabila Farah 24 tahun, telah dipanggil untuk temuduga sebagai jurubahasa sebuah syarikat.
Apabila dipanggil untuk di temuduga, Farah memberitahu lelaki yang mahu menemuduganya bahawa dia tidak dapat bersalam dengannya.
Farah sebaliknya menyambut salam lelaki itu dengan meletakkan tangan di atas dadanya.
Kemudian, melihat tindakan Farah itu, lelaki berkenaan terus mengarahkan Farah untuk meinggalkan pejabat.
Temuduga itu telahpun selesai dan tamat serta merta kerana Farah tak mahu bersalam dengan lelaki itu.
Farah terus pulang dan sebaik sahaja masuk ke dalam lif untuk turun, dia terus menangis mengenang perkara berkenaan.
Ini kenyataan Farah:
"Sebaik sahaja saya masuk ke lif, saya mula menangis,"
"Ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini, ia sama sekali membuatkan saya rasa tak selesa. Ia sangat mengerikan."
Farah membuat laporan terhadap syarikat tersebut kepada organisasi diskriminasi Sweden, yang membawa kesnya ke mahkamah.
Setelah dibicara di mahkamah, akhirnya Farah berjaya menang kesnya minggu ini, dan telah diberi £3,420 (RM17,846) sebagai ganti rugi.
Pejabat diskriminasi Sweden menyatakan bahawa keputusan itu telah mengambil kira 'kepentingan mengekalkan perlindungan untuk kebebasan beragama'.
Setelah menerima pampasan, ini komen Farah:
"Saya percaya kepada Tuhan, yang mana ia sangat jarang berlaku di Sweden dan saya sepatutnya dapat melakukannya dan diterima selagi saya tidak menyakiti sesiapa.
"Di negara saya, anda tidak boleh melayan wanita dan lelaki secara berbeza.
"Saya menghormatinya. Itulah sebabnya saya tidak mempunyai sebarang hubungan fizikal dengan lelaki atau wanita."
Sumber - metroUK / mStar
Tahniah buat Farah yang berjuang demi agamanya dan teguh dengan prinsip nya sebagai seorang Muslim. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BoKyJF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment