Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu bas Rapid KL separa sedar, ini kenyataan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu bas Rapid KL separa sedar, ini kenyataan Polis


Semalam kecoh apabila dua video menunjukkan sebuah bas dipandu secara berbahaya dan merempuh beberapa buah kenderaan.

Malah apabila bas tersebut berhenti, pemandunya dikatakan cuba melarikan diri. Lihat Video SINI.



Dalam perkembangan terkini, pemandu bas Rapid KL sudah pun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Pemandu bas berkenaan berusia 32 tahun dan telah mengalami kecederaan. Khabarnya pemandu itu dalam keadaan separa sedar.

Kini pemandu bas berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ketua Jabatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mengesahkan perkara berkenaan dan memberi sedikit kenyataan.

Katanya, ujian saringan awal air kencing pemandu itu turut diambil oleh pihak hospital dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.



Ini kenyataan pihak polis:

"Buat masa ini, pemandu bas itu masih lagi berada di hospital berkenaan dan dalam keadaan separa sedar kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Jadi, selain diberikan rawatan, pihak hospital akan menjalankan ujian saringan awal air kencing lelaki itu bagi dianalisis di Jabatan Kimia sama ada dia mengambil barang terlarang,"


Sebelum kejadian di Jalan Ampang, bas tersebut dikatakan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat AU Keramat dengan dua buah kenderaan lain.

Ekoran kemalangan itu, pemandu bas berkenaan cuba melarikan diri menerusi Jalan Ampang sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Vios menyebabkan kenderaan itu melambung masuk ke dalam parit di kiri jalan.



Ini kenyataan polis lagi:

"Dalam cubaan melarikan diri itu, bas berkenaan turut melanggar beberapa kenderaan lain iaitu Toyota Innova, Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Saga sebelum berhenti.

"Selepas memberhentikan bas dipandu, lelaki itu cuba melarikan diri ke seberang jalan, namun orang ramai yang melihat kejadian berkenaan bertindak mengejar dan menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut"


Akibat insiden ini, dilaporkan empat individu cedera, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemandu bas itu mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -PENMERAH

Sumber: BERITA HARIAN



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Bm5f9l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.