Tengah Duduk Tiba-Tiba Bilah Kipas Terpelanting.. Memang Mengerikan
Seorang wanita berkongsi pengalaman melihat di depan mata bagaimana bilah kipas yang sedang terpasang telah terpelanting.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama Itsmekhairina.
Wanita ini mengatakan ketika kejadian dia sedang duduk berdekatan dengan kipas tersebut manakala adiknya sedang belajar.
Kemudian kipas berkenaan telah tercampak dan terkena adiknya yang seadng belajar itu.
Jom baca perkongsian wanita ini:
KIPAS TERPELANTING KENA ADIK
"Our nightmare had just turned into reality. Tengah duduk saja-saja tiba-tiba bilah kipas terpelanting kene adik aku yang tengah study kat meja haihhh nasib baik sikit je kene
"Okay geng so cerita dia bilah kipas ni terpelanting time tengah buka (berpusing). Speed tak laju pun kami pakai normal speed je. Jadi lepas kejadian terus periksa adik dulu, ok dia sihat sejahtera tak cedera pun lepas itu baru lihat bilah kipas terpelanting tu.
ADA KESAN TERBAKAR
"Ha pastu ada kesan macam terbakar jadi panggil ayah. Kebetulan ayah ada di rumah semalam. Jadi ayah pun ambil la tangga untuk periksa kipas tu sebab dah lebih 5 tahun (kot) pakai, before this elok je. Ye kitorang service je every once in a while and rajin bersih kan gak sebab selalu pakai
"And then ada kesan terbakar di dalam kipas tu mungkin sebab over heat (kalau tak silap ah sebab aku tak dengar sangat ayah cakap pasal benda ni) Tapi motor dia okay je cuma tu dia terbakar di bahagian dalam. Nah tengok lah gambar. So kipas still boleh berfungsi cuma bahaya la
"And dia tak balance untuk berfungsi sebab sudah tak ada satu bilah.. jadi kitorang terus letak tape kat suis kipas ni, takut ada family members yang lain terlupa utnuk buka suis kipas nanti.
RUPANYA ADA BUNYI SEBELUM INI
"And bila dah borak-borak masa dinner cakap pasal kipas ni, rupanya dua hari sebelum memang ada dengar dia bunyi pelik tapi kitorang buat tak tahu saja sebab kadang-kadang ada je kipas keluar bunyi tapi okay je.. rupa-rupanya TIDAK! Bahagian dalam kipas yang terbakar tu ayah cakap kesan dia macam dah terbakar beberapa hari sebelum menyebabkan bilah kipas telah cair sebab dia dibuat dari plastik.
"Dan sebab itu lah ada bilah yang terpelanting sebab plastik dia dah cair. Hmm so konklusinya kalau rasa kipas bunyi lain macam, korang periksa la ye takut jadi macam ini, bahaya juga.
"Nasib adik aku dah besar and masa kipas terpelanting pun dia duduk atas kerusi , jadi hanya terkena sikit sahaja tapi cuba kalau rumah ada baby ke apa
NASIHAT
"Kalau kipas ada bunyi pelik-pelik tu dinasihatkan untuk periksa kerana takut dalaman dah terbakar macam kipas kat rumah ni. And maybe kalau kipas dah lama sangat pun kena tukar baru kot.
Sumber: itsmekhairina
Pengajarannya, setiap barangan eletrik yang digunakan hendaklah diperiksa dengan teliti. Sebagai contoh kipas ini, kalau ada yang pelik seperti bunyi atau bau asap atau pergerakkan yang tak sekata, cepat-cepatlah selenggara dan buat pemeriksaan. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BjLK13
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment