Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ini Terima Padah Obses Nak Kurus, Makan Ubat Sampai Usus Nak Pecah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ini Terima Padah Obses Nak Kurus, Makan Ubat Sampai Usus Nak Pecah


Seorang wanita berkongsi pengalamannya akibat makan ubat kurus.

Wanita bernama Nursyahidah Sukeri menceritakan kisah yang dialaminya ketika mencuba pelbagai ubat untuk menguruskan berat badannya.

Menerusi perkongsiannya, ketika mencuba ubat yang kali ke 16, dia menerima padah apabila jatuh sakit sehingga ususnya nak pecah. Fuh ngerinya..

Jom baca perkongsian Nursyahidah:



OBSES NAK KURUS

Untuk produk yang ke 16 ni aku dah tak google. Terus beli ja tengok feedback terbaik. Geram laa i. Yes memang aku pengamal diet adkin. Tapi masa makan ubat ni aku tak pantang tau.

Pagi menu aku roti, tengah hari kadang mee sup, bihun sup, soto, nasi ayam, nasi tomyam. Ermm seddapnya

Malam pulak kadang KFC, tortila wrap.  Nikmat makan bagaikan org gila. Tapi tak boleh nak makan banyak. Semua makanan aku tak habis. Pembaziran disini

1st aku makan, pening sat. Badan panas. Hari tuh 3 liter air. Hari kedua aku makan lagi. Yang ni aku tengok makanan aku nak muntah. Bahagia nya sebab dok nampak nak kurus nuh. Hahaha. yalah setelah 2 tahun tinggal ubat kuquih akhirnya terjumpaa ubat kuquih bagi kesan terbaik dekat hg.  masuk hari ke-3 aku tak ambik sebab tak sedap badan. Rasa nak demam. Air minum banyak okey sebab dahaga. Punya KUAT ubat ni walaupun hang tak makan dia, still hang rasa kenyang. Bahan apa aku tak tau dia masukkan dalam nii.

Hari berikutnya aku teruskan makan tapi selang2 bukan tiap hari. Habiss 13 biji juga. Sejak aku ambil ubt ni aku sembelit, minum air banyak sehari 3 kali jaa kencing. Woii gilaaa arrr pi mana air aku minum badan aku span ka resap habih air. Hahaha. Satu lagi aku tak buang air besar oii. Makan ubt kurus tapi tak buang air besar. Bila tak buang air besar nii toksin keluar ikut mana? Adududu bayangkan 1 minggu 2 kali jaa buang air besar . Stresss.

Hari seterusnya tak sedap badan, rasa letih, pening, nak muntah.  Ubat dah stop masa nii sebab takut jugak.



Tiba-tiba malam sabtu tuh 20/7 perut aku sakit tiba2. Masa ni tak kuat lagi. Ahad dan isnin pergi kerja mcm biasa. Ingat sebab angin jaa dalam badan. Tapi bila urut makin hari makin sakit tempat tuh. Ya Allah. Hari selasa pergi  kerja lagi, tapi makin sakit rasa nak pengsan. Terpaksa balik dan terus pi klinik.

Doktor check tekanan darah, normal. Tapi jantung laju, nadi laju. Nurse tanya ada makan supplement apa-apa tak. Nadi awak laju sangat niii. Tak mengaku lagi sebab takut kena marah

Pergi jumpa doktor, dia tanya sakit dekat mana. Kira usus sebelah kanan aku nii sakit sampai ke pinggang.  Kalau apendiks awak akan demam, awak akan muntah. Sebelum ni awak ada jadi mcm nii?

Nadi dan jantung aku masih laju Doktor buat surat pi hospital. Dok kecemasan 1 hari setengah juga. 3 orang doktor check cakap bukan apendiks. Pagi tuh bangun kurang sakit, bila doktor mai tekan-tekan sakit dan hari tuh aku nak berjalan tak larat sangat.



Dokter ke-4 mai dekat aku dia cakap kena operate usus awak bengkak. 2 orang doktor lagi dok pening sebab tak sure apendik ke apa. Kata kena operate tuh yaa Allah ketar. Malam tuh aku masuk bilik operate pukul 12.00 A.M siap pukul 4.30 a.m.

Pagi tuh doktor follow up, dia tak bagi aku makan lagi. Aku merayu-rayu sebab lapar air. 

Dia cakap takut doktor nak operate lagi, sebab ada jumpa sesuatu melekat dekat usus. Usus awak dah hantar ke makmal. Takut weyy.. benda apa dok melekat.

Lepas operate kena bangun dari katil sendiri. Semua buat sendiri sebab duduk sorang kat hospital. I jenis tak suka susahkan orang.  Sakit nii ya Allah hanyaa Dia yang tau.

Lepass minum air, kesan ubat biuss aku muntah. Muntah aku ni keluar Warna hijauu okey. Hijau sebijik ubat kuquih yang aku makan. 3 kali aku muntah keluar macam tuh. Nasik keras-keras tak boleh makan langsung.

Just bagitau ada ambil ubat kuruss. Doktor tanya nama. Nanti dia mintak sample untuk hantar ke unit farmasi

Doktor bagitau usus dah nak pecah sebab dia membengkak. Tahniah jugak sebab awak tahan sakit selama 4 hari. Gilaa laaaa. Nasib usus tak pecah. Tidak mati aku.



Kenapa aku yakin sakit dari ubt kurusss ni :

1. Ubat ni panas. Aku sembelit. Mcm mana ubt nii hadam aku tak buang air besar. Mungkin gegetah luar diaa tuh melekat di usus

2. Muntah aku warna hijau dan keluar macam lumpoq.  aku makan apa warna hijau macam tuh melainkan ubat kurus.

3. Jantung aku laju. Kalau jantung laju ni sangat bahaya dan anda WAJIB stop ambil ubat kurus. Bukan healing crisis tau tapi kalau jantung laju ni tandanyaa anda menempah MAUT. Tak ada istilah diaa pam jantung ibarat hang joging. Sapa percaya STUPID 

Kena ingat !!!!.

Jika makan ubat kuruss tak rasa lapar. Kemungkinan ada sejenis bahan. Tau dak nama apaa ?
SIBUTRAMINE, berfungsi sebagai penahan lapar.

Sebab tuh pil pelangsing susah nak tau sapa founder , susah nak ada KKM. Sekali makan hampa rasa tak lapar, tuh maknanya kemungkinan ada benda nii.

Sebab tuh jugak nadi hampaa laju.

Takpala.. dalam hal ni orang masih salahkan aku. Mula nak diam. Tapi kess jadi besar sampai melibatkan tempat kerja, sampai cakap aku makan silap.

Tunggu keputusan doktor. Kalau bahan selamat aku up sini. Kalau tak selamat pun aku nak up sini.
Tak salah share pengalaman, supaya org lebih hati2.

Nak cantik berpadaa-pada.
Aku share untuk org semua hati-hati. Check dulu KKM ada tak. Kalau ada teruskan makan.

Kalau tiba-tiba makan ubat kurus hang pening, nak muntah, nak demam, jantung lajuuu STOP jalah. Sebab boleh rosakkan organ dan bawa MAUT.

Usus memang tempat dia nak jadi. Satu lagu buah pinggang

Moga jadi pengajaran. 30/9 ni follow up pakar.
Harap usus aku okey dan tak ada penyakit lain.

Usus bengkak, hampir pecah sebab ubat kurus panss. Hang buang air besar.. jantung lajuu..
Tak salah nak share pengalaman.  Sayangi nyawa dan tubuh badan.

Sumber: Nursyahidah



Apapun, sehingga kini Nursyahidah tidak ada menyatakan apa nama ubat itu. Kita tunggu update dari Nursyahidah.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat semua. berhati-hati ketika makan ubat untuk kelihatan cantik. takut jadi macam wanita ini. -PENMERAH

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MmpwQV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.