Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Bas Rapid KL Disahkan Positif DADAH!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Bas Rapid KL Disahkan Positif DADAH!!


Semelam satu insiden besar telah terjadi. Umpana babak filem aksi, seroang pemandu bas Rapid KL membawa bas berkenaan secara berbahaya dan merempuh beberapa buah kereta.

Ramai yang ingin mengetahui apa puncanya.


Menurut seroang penjual burger yang juga pemilik video yang menjadi viral, pemandu bas berkenaan telah melarikan diri apabila melanggar kereta.

Namun ada netizen, mengatakan penjual burger itu mengejar bas berkenaan dengan senjata sehingga membuatkannya takut. Penjual burger berkenaan menafikannya.



Tuduh menuduh berlaku di laman media sosial, ada sehingga ada yang menyalahkan penjual burger itu dan ada juga yang menyalahkan pemandu bas berkenaan.

Akhirnya, ada satu perkembangan terbaru dari pihak polis tentang kes ini. Pemandu sebuah bas Rapid KL yang terlibat dalam kejadian rempuhan malam tadi didapati positif dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati pemuda berusia 32 tahun tersebut positif dadah jenis syabu.



"Kes masih dalam siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan mendapati dia memandu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

"Kes ini turut disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Derah Ampang Jaya di bawah Kontinjen Selangor kerana kes pertama berlaku di kawasan Ampang sebelum masuk di kawasan ibu negara," 


"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," 

Pihak polis berkata demikian dalam satu sidang akhbar hari ini.

Polsi akan menyemak sama ada pemandu bas tersebut turut memiliki rekod jenayah lampau melibatkan ke bahan terlarang.



Sebelum ini, wakil Rapid KL menyatakan pemandu berkenaan berkhidmat dengan baik dan mempunyai rekod yang bersih.

Rapid KL telah memohon maaf dan akan membayar pampasan kepada semua kereta yang terlibat.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, sekurang-kurangnya empat orang telah cedera selepas tujuh kereta dilanggar oleh sebuah bas Rapid KL yang dibawa dalam keadaan bahaya.

Satu video berdurasi 1 minit 40 saat menjadi viral malam tadi menunjukkan bas kes berkenaan. -PENMERAH

Sumber: Kosmo! ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BoKjhJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.