Semua saman AES dibatalkan - Menteri
Semua saman pengguna jalan raya sedia ada yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan serat merta.
Keputusan Kabinet ini dibuat setelah kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) akan mengambil alih sepenuhnya operasi AES di negara ini daripada dua syarikat swasta.
Ianya akan berkuatkuasa 1 September, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Anthony Loke berkata terdapat 3.1 juta saman tidak dibayar pada Mei, yang bernilai sehingga RM430 juta.
Semuanya akan dibatalkan dan pada 1 September, semua saman selepas itu perlu dibayar seperti biasa.
Ini kenyataan Menteri Pengangkutan:
"Kali ini sahaja. Selepas 1 September, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan mengambil alih sepenuhnya operasi AES dan apa-apa saman yang dikeluarkan kemudiannya perlu dibayar.
"Tidak akan ada tawaran atau diskaun seperti itu lagi"
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan hal ini pada satu sidang akhbar sebentar tadi.
Pada bulan September, tahun 2012, sistem AES mula dilaksana dan diintegrasi bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)
Sumber: mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MyJV4J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment