Mereka Hanya Mahu Buang UMNO-BN Pada PRU14 - Respon KJ Ditanya Tentang Manifesto PH
Pakatan Harapan (PH) kini sudahpun mengambil alih dan memerintah kerajaan Malaysia dari pemerintahan Barisan Nasional selama 100 hari.
Ramai mengatakan, sebagai kerajaan yang baru, ia akan ambil masa untuk mentadbir negara dari setiap sudut.
Setelah 100 hari berlalu, ada sesetengah pihak mula mempersoalkan manifesto 100 hari yang ditabur oleh kerajaan PH.
Memang hangat perbicangan ini berlangsung di alam maya, dan bekas Menteri Belia Dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin tampil memberi pandangannya.
Ini komen Khairy Jamaluddin:
Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan PH. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto. Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang UMNO-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu.
Semata-mata tuntut janji tak cukup sebab rakyat tak kisah pun tentang manifesto. Atau mereka kata “lebih baik dari kamu dulu.” Dan “tak dapat tunai sebab hutang yang di tinggalkan BN.” Jadi, kita kena cari naratif baharu & hujah baharu.
Malah PM @chedetofficial sendiri akui manifesto PH ditulis dalam keadaan tidak sangka boleh menang. Sebab itu janji dibuat tanpa memikirkan implikasi kewangan dll. Dan rakyat terima. Sebab rakyat hanya nak buang UMNO-BN. Bukan setuju dengan manifesto PH.
Anyway, BN-UMNO perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan. Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on.
Saya dah bincang dengan @Mustapa_Mohamed & beberapa MP BN. Next kita akan sediakan Bajet Alternatif. Boleh dibentang semasa sesi Parlimen akan datang sekali dengan Belanjawan oleh kerajaan PH. Dulu PH pun buat perkara sama.
At least, rakyat boleh nilai polisi dan cadangan dari kedua2 belah pihak. Perbahasan juga lebih bermatlamat sebab ada rujukan kepada dua pilihan berbeza dalam menguruskan ekonomi negara.
Sumber: Twitter KJ
Kenyataan KJ ini diterima pakai oleh para followernya.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BoKpG7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment