Pemandu Miliki Rekod Baik, Sedang Siasat Punca.. Ini Kenyataan Media Pihak Rapid KL
Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Shamsul Rizal Mohd Yusof telah tampil membuat sidang media tentang kes bas Rapid KL yang merempuh beberapa buah kereta semalam.
Kata pihak Rapid KL, kesemua pemilik kenderaan yang alami kerosakan selepas dirempuh bas berkenaan akan diberi pampasan.
Semua pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi talian bantuan 0378852585 untuk menuntut pampasan.
Pihak Rapid KL turut akan memberi kejasama sepenuhnya untuk menyiasat kes ini.
Selain itu, Rapid KL turut memohon maaf di atas insiden yang berlaku ini.
Ini antara kenyataan yang dikeluarkan:
BERI PAMPASAN
"Pemilik kenderaan perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menuntut pampasan termasuklah membuat laporan polis.
"Kita akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung insiden itu"
"Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kematian."
MOHON MAAF
"Kita memohon maaf atas apa yang berlaku dan buat masa ini kita masih belum ada maklumat lengkap dan punca sebenar kejadian itu"
PEMANDU BAS ADA REKOD BAIK
"Pemandu bas berkenaan telah berkhidmat dengan kami sejak dua tahun lalu dan memiliki rekod perkhidmatan baik, dia kini dirawat di Hospital Ampang.
"Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat kecederaan yang dialaminya"
BAS ADA MASALAH TEKNIKAL?
Apabila disoal tentang adakah bas terbabit mungkin alami kerosakkan atau ada masalah teknikal, Shamsul berkata pihaknya belum berpeluang untuk memeriksa bas tersebut.
Kini bas yang terlibat itu diletakkan di Balai Polis Pandan Indah.
"Setiap bas akan diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.
"Pemandu itu pula bertugas secara syif berterusan, ada kemungkinan dia kepenatan"
JANGAN BUAT SPEKULASI
"Saya minta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi"
Kira-kira jam 8.30 malam tadi, bas Rapid KLdipandu secara melulu dan merempuh beberapa buah kenderaan.
Bas terbabit sedang beroperasi untuk laluan dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Datuk Keramat ke Ampang Point.
Pemandu bas berusia 32 tahun itu cuba melarikan diri namun dutahan orang awam.
Ketua Jabatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pemandu itu ditahan bagi membantu siasatan dan kini sedang dirawat. -PENMERAH
Sumber: Berita Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mqpnfy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment