Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wang GST: Guan Eng minta Najib jawab 3 soalan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wang GST: Guan Eng minta Najib jawab 3 soalan

 | August 15, 2018
Menteri kewangan berkata 3 soalan ini boleh menjelaskan peranan Najib selaku menteri kewangan dalam memastikan akaun amanah GST mempunyai dana mencukupi.
PETALING JAYA: Lim Guan Eng mendesak bekas perdana menteri, 
Datuk Seri Najib Razak menjawab 3 soalan berhubung kekurangan 
RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST, atau Tabung Bayaran Balik GST.

Menteri kewangan berkata kekurangan itu mengakibatkan sebanyak 121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak 2015, yang dianggarkan berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018.

“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa 2 minggu seperti yang ditetapkan undang-undang?
“Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan Tan Sri Mohd Irwan Serigar untuk tidak memindahkan keseluruhan RM82.9 bilion yang diminta kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak 2015?

“Ketiga, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?”

Lim berkata 3 soalan ini diajukan kerana Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam berkata kastam telah menuntut wang tersebut daripada Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST yang dipengerusikan Irwan, ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu.

“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Irwan, Najib masih memainkan peranan yang penting sebagai menteri kewangan dalam memastikan Tabung Bayaran Balik GST mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

Lim berkata kerajaan komited untuk membuat pembayaran balik mulai tahun depan bagi jumlah dana yang “ditahan secara salah” oleh pentadbiran lepas.
Najib sebelum ini berkata kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan yang sepatutnya disalurkan ke akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Ini kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila kadar GST diturunkan ke 0% dan SST belum dilaksanakan, katanya.
Najib meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kehilangan RM19.25 bilion itu


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BdA9QV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.