Remaja 18 Tahun Telah Melamar Fasha Sandha, Cuba Caras Aidil Aziz.. Lihat Respon Fasha
Pelakon Fasha Sandha kini khabarnya sedang hangat bercinta dengan Aidil Aziz.
Hubungan mereka dilihat semakin utuh dan banyak gambar mesra bersama mula dimuatnaik bersama.
Namun semalam, Fasha Sandha ada mendedahkan seorang remaja lelaki telah melamar dirinya.
Pelakon ini telah berkongsi satu komen dari followernya bernama Shamsul yang secara terbuka meluahkan hasrat untuk menjadikan Fasha Sandha sebagai isteri.
Shamsul akui dirinya baru sahaja berumur 18 tahun tetapi berani menyatakan keinginannya itu.
Ini tulis remaja berkenaan:
"I want to marry you, saya nak kahwin dengan awak Fasha Sandha tetapi umur saya baru 18 tahun"
Fasha Sandha ternyata terkejut dengan komen yang ditulis oleh Shamsul itu dan telah memberi respon balas.
Kemudian, Fasha Sandha membalas komen Shamsul dan menasihati supaya dia belajar terlebih dulu serta membantu keluarga sebelum berfikir tentang perkahwinan.
"Adik... baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu," katanya.
"Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii"
Kemudian, Fasha Sandha memuatnaik screenshot komen berkenaan di IG stories miliknya.
Ini tulis Fasha Sandha:
"Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak saya kahwin... Haih.
Ini fotonya:
Pelakon ini mempunyai dua orang anak hasl perkahwinan dengan bekas suami Jejai.
Kini, Fasha sedang rapat dengan pelakon Aidil Aziz dan hubungan mereka dilihat serius kerana mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.
Fasha Sandha dan Aidil mula menjalin hubungan dan mengnali hati budi masing-masing sejak berlakon bersama untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini. -PENMERAH
Sumber: mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MxuIAS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment