Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aidil diperintah bayar RM68,530 pada Rita Rudaini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aidil diperintah bayar RM68,530 pada Rita Rudaini

aidi-ritaSHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Datul Ta’zim (JDT), Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Aidil supaya membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Aidil, 29, yang hadir bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Bagaimanapun Rita yang juga seorang pelakon, tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit, lapor Harian Metro

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1NNVDyG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.