Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meizu m3 Diperkenalkan – Telefon Pintar 5-inci Dengan Penawaran Fungsi Asas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meizu m3 Diperkenalkan – Telefon Pintar 5-inci Dengan Penawaran Fungsi Asas

Meizu agak sibuk sepanjang bulan April 2016 ini. Selepas memperkenalkan Meizu M3 Note dan juga Meizu Pro 6, hari ini mereka turut telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Meizu m3.

Meizu m3 merupakan telefon pintar berspesifikasi asas daripada Meizu, dan merupakan kemaskini kepada Meizu m2 sebelum ini. Berbeza dengan Meizu m3 Note, ia menawarka saiz skrin sedikit kecil, iaitu hanya 5-inci dengan paparan HD (720×1280 pixel).

Meizu m3

Menjana telefon pintar ini adalah cip lapan-teras MediaTek MT6750, dan memori dalam pilihan 2GB RAM atau 3GB RAM.

Untuk merakamkan gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel f/2.2, dan kamera hadapan 5-megapixel. Sokongan 4G LTE turut disertakan, dan menguasakan peranti ini adalah bateri berspesifikasi 2870mAh.

Versi asas Meizu m3 2GB RAM/16GB storan dijual pada harga RMB599 (~RM360), sementara versi 3GB RAM/32GB storan dijual pada harga RMB799 (~RM481). Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Vx7edt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.