Hi! Welcome Back and Stay Tune! Steam Mula Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Filem - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Steam Mula Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Filem

Perkhidmatan penstriman filem di Malaysia kini didominasi oleh iFlix dan Netflix. Di Amerika Syarikat terdapat puluhan lagi pilihan seperti Amazon Prime, HBO GO dan Roku. Kini muncul sebuah lagi perkhidmatan penstriman filem ianya dari sumber yang tidak disangka. Steam yang lebih terkenal sebagai perkhidmatan penjualan permainan PC secara atas talian kini menawarkan penstriman filem dari studio Lionsgate.

Steam Pentriman FIlem 1Sebanyak 100 judul filem boleh dibeli dan ditonton menerusi Steam kelak. Buat masa ini terdapat 11 judul filem yang boleh ditonton seperti cerita angker Leprechaun. Di masa hadapan siri Hunger Games, SAW, Divergent dan Twilight bakal ditawarkan. Dengan 125 juta pengguna setiap bulan, Steam ialah platform yang menarik untuk menawarkan penstriman video menurut Lionsgate. Filem boleh dibeli pada harga bermula RM 10. Harus kami akui Steam ialah perkhidmatan yang membuatkan kami berhenti menjadi pengguna permainan cetak rompak. Mungkin dengan perkhidmatan penstriman video, mereka juga bakal memupuskan budaya menonton filem cetak rompak pula.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/24gzNNP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.