Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR nafi pencadang Batu Kitang muflis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR nafi pencadang Batu Kitang muflis

Kuching,-Batu-Kitang,-Voon-Shiak-Ni,-Simon-Siah-Sy-Jen,-DAPKUCHING: Tiada masalah dengan pencalonan calon PKR untuk Batu Kitang seperti yang didakwa DAP, kata calon berkenaan, Voon Shiak Ni hari ini.

“Tiada masalah dengan kertas pencalonan kami dan pencadang tidak muflis. Kelewatan berlaku dipercayai kerana dua calon bebas menggunakan logo yang sama, kunci.

“Saya sesungguhnya menegaskan bahawa saya dan pencadang saya tidak pernah dipanggil dan disoal oleh pegawai pengurus,” kata Shiak Ni dalam catatan di Facebook.

Beliau menjawab dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mendakwa pencalonan Shiak semalam hampir terbatal. Beliau berkata demikian ketika mempertahankan keputusan partinya mengemukakan calon di Batu Kitang.

“Pencadang PKR didapati muflis. Atas sebab itu berlaku kelewatan semasa mengumumkan calon-calon. BN akan menang mudah di tempat yang menunjukkan sokongan kepada DAP sekiranya itu berlaku,” kata Chieng Jen seperti yang dilaporkan.

Di sidang media hari ini, pengurus kempen Simon Siah Sy Jen tampil mempertahankan Shiak Ni dan berkata beliau sendiri telah memeriksa latar belakang pencadang tersebut, Narawi Palayan Miniandi, pada malam sebelum hari penamaan.

“Kami menggesa Chieng Jen supaya periksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang boleh memburukkan maruah pencadang kami. Tuduhan itu adalah fitnah, dan Narawi merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

“Malah, oleh kerana pegawai pengurus juga telah menerima pencalonan calon kami, ia tidak perlu dibangkitkan,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PKR hari ini.

Narawi, yang hadir di sidang media itu berkata beliau tidak tahu mengapa dirinya menjadi sasaran DAP, dan tidak nafi kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

PKR dan DAP bertelagah berhubung pengagihan kerusi dan dua parti rakan itu akan bertembung di enam kerusi. Shiak Ni akan bertemu Abdul Aziz Isa, 27, daripada DAP, dan dua calon bebas dan seorang calon BN.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1pAu1aa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.