Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Menjadualkan Pelancaran Huawei P9 Untuk Asia Tenggara Pada 5 Mei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Menjadualkan Pelancaran Huawei P9 Untuk Asia Tenggara Pada 5 Mei

Huawei hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk media-media di Asia Tenggara untuk pelancaran sebuah produk baru. Huawei tidak menyatakan apakah produk baru yang bakal dilancarkan, tetapi ia menggunakan tanda “#OO” seperti mana yang digunakan pada bahan promosi Huawei P9 sebelum ini.

Penggunaan #OO memberikan tanda penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Ia menggunakan teknologi yang disahkan oleh Leica, menawarkan kualiti rakaman gambar yang cantik melaluinya pada pelbagai keadaan cahaya.

Huawei P9

Huawei P9 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana menggunakan cip Kirin 955 dan memori 4GB RAM (turut hadir dalam variasi 3GB RAM). Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera 12-megapixel dengan teknologi dwi-kamera pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Sokongan pengimbas cap jari turut disertakan, disamping menggunakan pengecas berasaskan USB Type-C.

Huawei menjadualkan pelancarannya di rantau Asia Tenggara pada 5 Mei 2016, di Indonesia. Seperti biasa, kami akan berada di sana untuk membawakan liputan langsung dan info berkaitan penawarannya untuk Malaysia. Mungkin juga kita akan dapat melihat Huawei memperlihatkan Huawei P9 Lite dan Huawei P9 Max pada acara sama, selain Huawei P9 dan Huawei P9 Plus.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1UdPse3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.