Hi! Welcome Back and Stay Tune! India Mewajibkan Butang Kecemasan Pada Peranti Mudah Alih Mulai 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

India Mewajibkan Butang Kecemasan Pada Peranti Mudah Alih Mulai 2017

India ialah negara demokrasi terbesar di dunia. Ia juga negara dengan populasi kedua tertinggi dan terkenal sebagai pembekal sumber tenaga industri teknologi dunia. Sungguhpun terkenal sebagai pakar IT, negara ini masih mempunyai masalah kesaksamaan jantina yang amat kronik. Wanita tidak dilayan dengan adil dan menjadi mangsa gangguan seksual. Kes rogol Jyoti Singh secara berkumpulan pada tahun 2012 mendapat perhatian dunia kerana wanita ini kemudian disula dengan besi berkarat sehingga usus beliau terkeluar daripada tubuh.

butang-kecemasan-panikMasalah keselamatan wanita di India hanya mula dipandang serius selepas dunia mengecam reaksi majoriti pemimpin India yang menyalahkan mangsa kerana dirogol. Pelbagai inisiatif kini dijalankan bagi memperbaiki imej India yang tercalar. Antara yang dijalankan ialah peranti mudah alih yang dijual di India perlu disertakan dengan butang kecemasan menjelang 2017. Pada tahun 2018 pula kesemua peranti mudah alih perlu mempunyai sistem GPS untuk memudahkan kedudukan mangsa dikesan selepas butang ditekan.

Sistem kecemasan diaktifkan dengan menekan butang 3 dan 5 pada peranti dengan kekunci fizikal. Pada peranti pintar pula butang kuasa perlu ditekan sebanyak tiga kali dengan pantas. Sistem ini diharap dapat memberikan bantuan kecemasan bagi mangsa culik dan rogol sebelum terlambat. Selain sistem butang kecemasan, terdapat juga senjata renjatan berbentuk peranti pintar yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri sekiranya diserang.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1T1cvn4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.