Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ka Siong sindir pertembungan ‘rakan seperjuangan’ DAP-PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ka Siong sindir pertembungan ‘rakan seperjuangan’ DAP-PKR

Datuk-Wee-Ka-Siong,DAP,PKR

MIRI: Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menyifatkan pertembungan DAP dan PKR di beberapa kerusi DUN sebagai sesuatu yang aneh, memandangkan kedua-dua parti itu sebelum ini dilihat sebagai ‘rakan seperjuangan sejati’.

Beliau berkata, kedua-dua parti itu sebelum ini sering menunjukkan solidariti antara satu sama lain.

“Tetapi akhirnya kita nampak mereka tiada konsensus, malah berbalah sesama sendiri. Saya lihat pertindihan kerusi ini sangat aneh.

“Kalau mereka sehati sejiwa, senada seirama, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya dalam sidang media di pejabat SUPP Senadin hari ini.

Beliau mengulas pertembungan calon DAP dan PKR di enam kerusi DUN, iaitu Mulu, Batu Kitang, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semalam berkata beliau memberikan ‘lampu hijau’ kepada Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk meletakkan calon di lima kerusi DUN yang menjadi pertikaian dengan DAP.

Ia di sebalik persetujuan bertulis yang dicapainya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung peruntukan kerusi di 13 DUN, seperti yang didedahkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien

Menurut perjanjian itu, PKR bersetuju untuk bertanding di Batu Kitang, Marudi, Layar, Machan dan Belaga, manakala DAP bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, dan Murum serta melepaskan Batu Kitang kepada PKR.

“Azmin kata dia serah hal ini kepada Pengerusi Negeri, dan DAP juga begitu, sudah tentu ia tidak akan selesaikan masalah.

“Kalau pakatan inilah yang kita mahu taruhkan harapan untuk ganti kerajaan yang sedia ada, kita dapat bayangkan apa kesudahannya nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyeru masyarakat Cina di Miri agar memberikan sokongan kepada calon SUPP, agar mereka mempunyai perwakilan dalam kerajaan negeri.

“Dalam masyarakat majmuk, perlu ada perwakilan yang cukup dari masyarakat Cina, agar suara kita didengari.

“Jadi saya rayu kepada pengundi Cina agar sokong SUPP, untuk mereka masuk DUN dan berperanan dalam kerajaan negeri. Apa jua pembaharuan tanpa wakil dari SUPP adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya lagi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Vz8OLT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.