Franz – Perisian Desktop Untuk Semua Aplikasi Permesejan, Termasuk WhatsApp, Slack, WeChat, Telegram
Pada hari ini, terdapat sejumlah aplikasi permesejan, dimana ia mungkin agak sukar untuk anda apabila menggunakan lebih daripada satu aplikasi, dan ingin menguruskannya melalui desktop. Kebiasaannya, terdapat lebih daripada satu aplikasi berjalan di desktop dan ini akan memakan lebih memori pada komputer anda dan memberikan kesan terhadap penggunaan perisian atau aplikasi lain.
Kini, dalam usaha untuk memudahkan pengurusan pelbagai aplikasi permesejan, dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan memori pada komputer, Franz hadir untuk membantu anda.
Franz menawarkan sokongan untuk sekitar 14 aplikasi, termasuk Slack, Facebook Messenger, WhatsApp, Telegram, Skype, WeChat, HipChat, ChatWork, Google Hangouts, GroupMe, Grape, Glitter, Steam Chat dan juga Discord.
Secara kasarnya, ia menyatukan pelbagai aplikasi dalam satu, dan ia menawarkan paparan dalam bentuk tab. Setiap tab merangkumi satu perkhidmatan yang berbeza – dan membolehkan anda menambah lebih dari satu akaun untuk satu perkhidmatan yang sama.
Franz juga turut hadir dengan sokongan notifikasi bagi membolehkan anda melihat kemaskini tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan.
Franz ditawarkan secara percuma untuk Windows, Mac dan juga Linux. Jika anda berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.
Muat-Turun Franz untuk desktop
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TazhsV
Post a Comment