1MDB BOILS UP: AS NAJIB FLEES TO UK, KU LI DEMANDS AUDITOR-GENERAL'S REPORT BE MADE PUBLIC IMMEDIATELY
Saturday, 14 May 2016 23:48
Written by Tengku Razaleigh Hamzah
Written by Tengku Razaleigh Hamzah
It has been widely reported that there had been unlawful deletions to the Public Accounts Committee’s (PAC) Report that is to be tabled in Parliament. The deletions are about a subject matter of importance and controversy in respect of the unlawful movements of money that 1MDB had purportedly borrowed from international creditors.
2. My concern is for the protection of the integrity and standing of the Dewan Rakyat in the eyes of the public as an institution where Members of the Dewan Rakyat act responsibly and honestly without misleading the public.
3. In view of the deletions, I am concerned whether the Report that is going to be presented to the Dewan Rakyat is a report that can stand up to the public concerns in respect of the purported loans that 1MDB claims to have made on behalf of the nation. The deletions will be considered not only as unlawful but also a serious breach of the Houses of Parliament (Privileges and Powers) 1952, Section 9(i), (j) and (n)(iii).
4. The Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 is intended to protect the integrity and reputation of the Dewan Rakyat so that the people of Malaysia will have confidence in the Dewan Rakyat as a constitutional institution to protect their interests. A breach of the Sections that I have referred to which deals with the tampering, misrepresentation and falsification of the documents presented to the Dewan Rakyat is precisely the kind of actions which fall within the offences under the Act. What it means is whatever deletions that have been made can cause apprehension among members of the public that the Report cannot, in the circumstances, reflect the entire truth of the facts surronding the 1MDB issue.
5. Therefore, I am again making a call that the Auditor-General’s Report, which has been classified as “Official Secret” should be declassified as a matter of urgency for the reasons I have given above and because the Members of the Dewan Rakyat have a constitutional right to the Auditor-General’s Report before Parliament sits on 16th May, 2016. The issues are of such public importance that there cannot be any excuse for making the Auditor-General’s Report an official secret. I would also like to reiterate the decision by the Prime Minister Y.A.B. Dato’ Sri Najib that the 1MDB issue be investigated by the Auditor-General and its result presented as a report for the consideration of the Dewan Rakyat. In making that decision, the Prime Minister gave the impression that there is nothing to hide.
Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament Gua Musang
Kuala Lumpur,
14th May 2016,
7th Syaaban 1437H
KENYATAAN AKHBAR
GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA
Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam.
Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.
2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.
3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara.
Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.
Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam Akta ini.
Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.
5. Oleh itu, atas sebab-sebab yang disebut saya sekali lagi menyeru agar Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai “Rahsia Rasmi”, diubah kepada “untuk tatapan umum”.
Saya juga membuat seruan ini kerana mengikut Perlembagaan, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebenarnya berhak mendapat Laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada 16hb Mei, 2016.
Isu-isu yang dibangkitkan itu amat penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa Laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.
Saya mengulangi juga keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Najib supaya Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil penyiasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat.
Dalam membuat keputusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan.
Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
14 Mei 2016 bersamaan
7 Syaaban 1437H
Source : www.malaysia-chronicle.com
Source : www.malaysia-chronicle.com
Post a Comment