Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penumpang penerbangan UK dijangka turun selepas Brexit- IATA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penumpang penerbangan UK dijangka turun selepas Brexit- IATA

IATA

KUALA LUMPUR: Keputusan United Kingdom (UK) untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengurangkan jumlah penumpang penerbangan UK antara tiga dan lima peratus menjelang 2020, didorong oleh kelembapan yang dijangka dalam aktiviti ekonomi dan penurunan kadar pertukaran sterling.

Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kesan jangka pendek ke atas pasaran pengangkutan udara UK tidak pasti, tetapi pengangkutan akan terjejas disebabkan perdagangan antarabangsa yang rendah dalam jangka masa panjang.

“Isu besar adalah peraturan penerbangan. UK menghadapi tukar ganti antara mengakses pasaran penerbangan tunggal Eropah dan mempunyai kebebasan dasar untuk menetapkan peraturannya sendiri,” katanya.

Dalam pungutan suara bersejarah itu, atau Brexit, pada 23 Jun, UK mengundi untuk keluar daripada EU, yang disertainya sejak 1973.

Keputusan itu mempunyai impak yang luas di seluruh UK dan sedikit sebanyak, lebih luas melalui Eropah dan lain-lain, katanya.

IATA berkata bagi impak ekonomi susulan senario ini, kesan segera ke atas trafik udara akan dikawal oleh kesan daripada Brexit pada dua pembolehubah utama; aktiviti ekonomi dan kadar pertukaran sterling (GBP).

“Sterling jatuh mendadak dalam dagangan tidak menentu susulan keputusan itu, selari dengan jangkaan.

“Pandangan umum dalam kalangan penganalisis adalah ia akan pulih dalam jangka sederhana hingga jangka panjang,” katanya.

Menurut IATA, kesan ke atas perjalanan udara lebih jelas berbanding kesan ekonomi.

Pound yang lemah telah menjadikan perjalanan keluar untuk penduduk UK lebih mahal (disebabkan amaun daripada GBP kini pembelian barangan dan perkhidmatan berkurangan di luar negara).

Pada masa sama, bagi pengunjung luar ke UK, pendapatan mata wang tempatan mereka kini lebih luas berbanding sebelumnya, katanya.

“Keputusan UK untuk keluar daripada EU mempunyai impak yang luas dan ketara, termasuk dalam konteks ekonomi dan pengawalseliaan.

“Sebahagian daripada kesan ini akan dirasai dengan segera misalnya melalui kesan kadar pertukaran ke atas kos perjalanan udara.

“Sebahagiannya, kesan ini bergantung kepada syarat yang dirundingkan sebagai sebahagian daripada perjanjian keluar,” katanya.

– BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28S3RtB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.