Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya tidak rela melutut atau tunduk bersekongkol- Muhyiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya tidak rela melutut atau tunduk bersekongkol- Muhyiddin

Muhyiddin

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak rela hidup melutut atau tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Malah beliau menyeru rakyat Malaysia supaya menilai kebenaran supaya tidak membiarkan negara diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin rakus.

“Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa.

“Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara,” serunya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ia reaksi pertama bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Naib Presiden Umno ekoran pemecatannya dari Umno semalam.

Turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir manakala Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian.

Beliau yang sudah menduga dari awal tentang pemecatannya dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. serta akui telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin Umno.

“Saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan Perdana Menteri.

“Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal,” ujarnya dalam kenyataan yang sama.

Justeru, beliau yang sudah empat dekad mengharungi dunia politik di bawah payung Umno menegaskan tidak akan merayu ekoran pemecatannya itu dan akan terus berjuang melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba,” petik katanya lagi.

Di akhir kenyataan, menjelang bulan Ramadan dan Syawal, beliau memohon kemaafan ahli Umno sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang di dalam parti.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28Xxtc8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.