Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adik Hafiz Dibuang Sekolah Tahfiz, Apa Berlaku Kepadanya Selepas Itu Amat Mengejutkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adik Hafiz Dibuang Sekolah Tahfiz, Apa Berlaku Kepadanya Selepas Itu Amat Mengejutkan

1

 

Adik Hafiz Dibuang Sekolah Tahfiz, Apa Berlaku Kepadanya Selepas Itu Amat Mengejutkan | Saya mempunyai seorang adik lelaki, (Hafiz, 17). Semua orang sayangkan dia sebab dia petah bercakap dr kecik lagi. Lagipun, dia pandai ambil hati orang, pandai bergurau meskipun dengan orang tua.

Pada peringkat menengah, adik saya telah menyambung pelajaran di sebuah pondok tahfiz. Ini pilihan Hafiz sendiri. Kami semua seronok. Harapnya, dia mampu menjadi manusia yg lebih dekat dgn ALLAH dan mampu bantu kami di akhirat kelak.

Ceritanya bermula apabila satu hari ayah menerima panggilan daripada pihak sekolah. Mudir kata, Hafiz merokok di kawasan sekolah. Jadi, pihak sekolah kenakan hukuman gantung sekolah selama sebulan. Ayah malu, mak malu, sekeluarga malu. Sebulan Hafiz berada di rumah.

Apabila sampai masanya, Hafiz enggan balik semula ke sekolah. Saya pasti, sebabnya dia berasa malu. Puas disoal, dia enggan mengaku yang dia merokok. Waktu tu, kami sendiri tak pasti samada dia betul merokok atau tidak. Sebab ekspresi dan kesungguhan dia bercakap seolah olah memang betul dia tak buat perbuatan tu.

Kami seisi keluarga sedih. Hafiz dah menghafal hampir 15 juzu’ alQuran. Setiap kali cuti, dia yang akan jadi imam di masjid. Datuk, nenek dan sedara yg lain serta penduduk kampung, semua tumpang gembira.

Sekarang, Hafiz dah pindah sekolah. Hafiz menjadi semakin liar. Kali ni, dia memang betul merokok. Dia cakap, dah korang sebut sangat aku merokok kan, aku buat la.
Hafiz semakin liar. Sekolah pun asyik ponteng. Dah pandai bercouple. Ramai pulak perempuan yg dia main. Orang luar asyik meluahkan simpati terhadap keluarga kami kerana sekarang ini kami sedang diuji. Kami kehilangan Hafiz yg lurus.

Sesungguhnya, saya tak berniat langsung nak memburukkan institusi pondok berkenaan kerana saya juga merupakan seorang guru agama. Tapi, tindakan yg di ambil sekolah berkenaan, benar benar telah merubah hidup Hafiz. Bukan ke arah yg lebih baik, tapi sebaliknya.

Seringkali saya terfikir, wajarkah tindakan itu di ambil terhadap adik saya? Kesannya, kami sekeluarga dan Hafiz yg terpaksa tanggung. Kami sekeluarga mati akal dah dgn sikap Hafiz. Puas nasihat. Kami sekeluarga masih enggan putus asa, kami sentiasa mendoakan yg terbaik utk Hafiz.

The post Adik Hafiz Dibuang Sekolah Tahfiz, Apa Berlaku Kepadanya Selepas Itu Amat Mengejutkan appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.