Xiaomi Menjadualkan Tarikh 27 Julai Untuk Pengenalan Produk Baru Mereka
Xiaomi boleh dikatakan memperkenalkan produk baru hampir setiap bulan. Terkini, mereka telah menjadualkan pelancaran produk baru mereka pada 27 Julai kelak. Namun, produk yang bakal diumumkan masih menjadi misteri.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Xiaomi dikatakan bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru dalam masa terdekat. Ada yang mengatakan pengeluar dari China ini bakal hadir dengan kemaskini kepada keluarga Mi, dan pada masa yang sama terdapat juga desas-desus mengenai kemaskini kepada keluarga Mi5, selain peranti Redmi baru.
Pihak Xiaomi masih tidak memberikan respon berkaitan produk apakah yang bakal diumumkan buat masa ini. Mungkin dengan tempoh dua minggu lagi, kita akan melihat beberapa teaser baru, sekaligus mengetahui apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29OmQHg
Post a Comment