Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesemua Permainan PlayStation VR Menyokong Penggunaan DualShock 4 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesemua Permainan PlayStation VR Menyokong Penggunaan DualShock 4

Di E3 bulan lalu Sony membuka reruai khas yang besar hanya untuk PlayStation VR. Terdapat puluhan demo permainan boleh dicuba tetapi malang bagi kami slot yang terhad membuatkan kami hanya mampu melopong melihat pengguna lain memainkannya. Apa yang kami rasakan menarik ialah tidak semua permainan memerlukan DualShock 4. Batman Arkham VR sebagai contoh dikawal menggunakan Move Controller. Permainan Here They Lie pula dikawal menggunakan DualShock 4.

PlayStation-VR-gamePersoalan di kepala mereka yang berminat membeli PSVR ialah adakah mereka perlu membeli Move Controller untuk memainkan Batman Arkham VR? Sony hari ini mengesahkan kesemua permainan PSVR boleh dimainkan dengan menggunakan DualShock 4. Tetapi mereka menegaskan untuk menyelami permainan realiti maya dengan lebih realistik, pengguna digalakkan membeli Move Controller. Pengawal realiti maya ini dijual berasingan dari PSVR. Pada kotak permainan PSVR, Sony akan meletakkan pelekat bagi memberitahu pengguna permainan manakah lebih baik dimainkan dengan Move Controller. Ini diharap akan menguragkan kekliruan di kalangan pembeli.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29C7gey

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.