Gambar Sistem Pengimbas Mata Samsung Galaxy Note 7 Tertiris
Sistem keselamatan pada peranti sudah banyak berubah. Bermula dengan nombor pin ia berubah kepada kata laluan sebelum sistem corak diperlihatkan pada peranti Android. Dengan ada pengimbas jari sistem biometri pula digunakan secara meluas sekarang. Samsung Galaxy Note 7 dikatakan menggunakan pengimbas mata. Hari ini gambar antaramuka sistem imbasan ini tertiris.
Untuk menggunakan sistem ini pengguna perlu memegang peranti sejauh 25-35 sentimeter dari wajah seakan mengambil selfie. Terdapat dua bulatan terpapar pada skrin dan mereka harus meletakkan dua mata mereka di dalam zon imbasan ini. Kami telah mencuba dua jenis sistem imbasan mata Windows Hello pada Lumia 950XL dan Sky Eye pada ZTE Blade S6.
Secara ikhlas kami merasakan sistem imbasan mata tidak sepantas imbasan cap jari. Kami tertarik untuk melihat sama ada sistem yang digunakan Note 7 akan memperbaiki kelemahan pada dua sistem di atas. Samsung Galaxy Note 7 akan dilancarkan secara rasmi di Samsung Unpacked 2 Ogos hadapan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29MZfGW
Post a Comment